31 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

YB Rara selamat mendirikan rumah tangga, sekali lagi

Mesti Baca

CYBERJAYA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman atau lebih popular dengan gelaran YB Rara selamat mendirikan rumah tangga untuk kali yang kedua.

Berita gembira itu diumumkan dalam laman Facebook miliknya, hari ini.

Majlis persandingan Syefura dan suaminya yang hanya dikenali sebagai Edrin dilangsungkan di lokasi yang tidak diketahui.

“Alhamdulillah semuanya sempurna. Terima kasih kepada yang mendoakan kami berdua,” katanya.

Beliau turut berkongsi gambar-gambar bersama suami dalam hantaran tersebut.

YB Rara
Pasangan mempelai YB Rara dan Edrin berpakaian serba putih. Gambar: Facebook Young Syefura Othman

Pasangan pengantin baharu itu berpakaian serba putih di atas pelamin yang kelihatan dihias secara sederhana.

Ruangan komen di bawah hantaran berkenaan dihujani dengan ucapan tahniah daripada para netizen.

Rata-rata mereka mendoakan agar ikatan perkahwinan YB Rara kali ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Pada September 2016, Syefura melangsungkan perkahwinan dengan seorang pengurus pelaburan, Muhamad Masyhur Abdullah.

Walau bagaimanapun, jodoh mereka hanya mampu bertahan selama kira-kira tiga tahun.

Muhamad Masyhur menyatakan tiada lagi persefahaman sebagai punca perceraian mereka.

– EDISI 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan