30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Situasi COVID-19 Malaysia masih belum stabil

Mesti Baca

CYBERJAYA – Situasi COVID-19 di negara ini masih belum stabil walaupun kadar jangkitan mula menunjukkan trend penurunan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebanyak 353,329 kes jangkitan COVID-19 telah direkodkan dengan 1,300 kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan setakat semalam.

“Kita telah bersama-sama berdepan dengan ancaman wabak COVID-19, dan harapan saya agar kita akan terus bersama mengharungi fasa pemulihan akibat wabak ini dan memulihkan semula ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan sempena Hari Kesihatan Sedunia melalui Facebook, hari ini.

Advertisements

Beliau turut mengulangi komitmen kerajaan Perikatan Nasional (PN) komited terhadap usaha memastikan seluruh rakyat Malaysia dan kumpulan bukan warganegara yang menetap di negara ini mendapat akses perkhidmatan kesihatan yang terbaik supaya dapat meneruskan kehidupan yang sempurna.

“Marilah kita bersama-sama menjaga kesihatan diri dan berusaha mengamalkan gaya hidup yang sihat melalui pemakanan atau diet yang seimbang serta melakukan aktiviti riadah dengan lebih kerap,” jelasnya.

Sempena Hari Kesihatan Sedunia, Muhyiddin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih dan syabas kepada seluruh petugas barisan hadapan kesihatan atas usaha dan kerja keras tanpa jemu memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik, terutamanya dalam situasi pandemik COVID-19. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan