32.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Tandatangan palsu pada borang rentas negeri

Mesti Baca

KEMAMAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memulakan siasatan berhubung isu borang kebenaran rentas negeri kosong dengan tandatangan seperti tular dalam media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, siasatan awal yang dijalankan mendapati terdapat pemalsuan tandatangan milik Ketua Polis Balai Chukai, Inspektor Mohamad Ramizan Ramli.

“Borang rentas negeri ini telah diberikan kepada seorang perempuan untuk merentas negeri ke Kuala Lumpur dengan tujuan menghadiri temuduga mendapatkan pekerjaan yang dijadualkan pada 8 April 2021.

Advertisements

“Satu kertas siasatan polis dibuka di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan (pemalsuan bagi maksud hendak menipu) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian),” katanya dalam kenyataan media, malam tadi.

Dalam hantaran yang tular tersebut, tertera tulisan ‘Dapat info SOP terbaru ialah approve dulu baru isi form’. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

CENTHRA gesa kerajaan mansuh undang-undang tindas hak asasi

PEMANSUHAN undang-undang yang menindas hak asasi manusia perlu menjadi keutamaan kerajaan kerana langkah tersebut dilihat sejajar dengan piawaian hak...

Lagi Artikel Berkaitan