24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Rentas negeri punca kluster baharu di Terengganu

Mesti Baca

CYBERJAYA – Gara-gara merentas negeri untuk menghadiri perkahwinan adik, telah mencetuskan kluster baharu Covid-19 di Dungun, Terengganu.

Kluster Taman Rakyat yang menjadi kluster baharu Covid-19 di negeri itu berpunca daripada aktiviti rentas negeri seorang individu dari Sabah untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut dan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus, berkata 26 kes dikesan positif Covid-19 kluster berkenaan, melibatkan 11 ahli keluarga dan 15 lagi tetamu yang menghadiri kenduri.

“Hasil pertemuan hanya untuk ‘kirim duit’ kenduri serta cenderahati telah menjangkiti kawan baik.

“Kawannya itu pula mengadakan majlis akikah di kampung yang akhirnya menjangkiti lima ahli keluarga dan tujuh tetamu kenduri akikah,” katanya menerusi Facebooknya, semalam.

“Jadi apakah iktibar kisah-kisah ini? Adanya rentas negeri dan perkumpulan ramai orang tanpa pematuhan SOP.

Advertisements

“Jika SOP dipatuhi, tak akan ada jangkitan. Kalau ada pun, ia sangat minimum dan bukan kluster besar sebegini.

“Sebab itu kami selalu pesan tangguh dulu perkumpulan ramai orang. Kita tak tahu siapa yang kita jumpa walaupun ahli keluarga atau rakan sekerja.

“Kita semua yang patut kuatkuasakan pematuhan SOP, bukannya diserah semata-mata kepada agensi penguatkuasaan,” katanya.

Ketika ini terdapat 238 kes aktif Covid-19 di Terengganu dengan kes tertinggi direkodkan di Besut, iaitu 127 kes diikuti Kuala Nerus (43), Dungun (27), Kuala Terengganu (27), Hulu Terengganu (tujuh), Marang (empat) dan Setiu (tiga).

Kluster Taman Rakyat yang didaftarkan pada 15 April adalah kluster komuniti yang melibatkan daerah Dungun.

Kes indeks bagi kluster itu ialah seorang lelaki berusia 32 tahun yang dilaporkan positif Covid-19 pada 6 April hasil saringan sebelum kembali ke Sabah.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan