27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, September 27, 2022

MAIK benarkan solat Jumaat, fardu, tarawih di masjid, surau daerah PKP

Mesti Baca


CYBERJAYA – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) membenarkan solat Jumaat, fardu dan solat tarawih diadakan di masjid dan surau di tujuh daerah di negeri ini yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula tengah malam tadi sehingga tamat PKP.

Yang Dipertua MAIK Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz berkata aktiviti solat Jumaat, fardu, sunat tarawih dan Qiamullail di masjid negeri, bandar dan jajahan dibenarkan dengan kehadiran 70 peratus daripada kapasiti ruang masjid.

“Kebenaran solat fardu, tarawih dan Jumaat serta aktiviti pengimarahan masjid di tujuh daerah iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Pasir Puteh, Machang dan Bachok telah mendapat perkenan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Beliau yang juga Tengku Temenggong Kelantan berkata, bagi masjid mukim, surau dan musolla pula dibenarkan dengan kehadiran 50 peratus bilangan jemaah mengikut kapasiti sebenar masjid, surau dan musalla.

Baca juga:   Dr Zulkifli sahkan positif Covid-19, pastikan bantuan diteruskan

“Pelaksanaan berkenaan perlu mengambil kira penjarakan fizikal satu meter antara jemaah dan boleh dilaksanakan dengan lapan rakaat dengan surah atau ayat pendek dalam tempoh tidak lebih 45 minit, tidak termasuk solat Isyak,” katanya.

Mohamad Rizam berkata tazkirah tidak dibenarkan sepanjang pelaksanaan solat sunat tarawih, manakala tazkirah Subuh, Asar dan lain-lain termasuk aktiviti tadarus al-Quran adalah dibenarkan mengikut kapasiti yang telah ditetapkan dengan tidak melebihi tempoh 45 minit.

Baca juga:   Kes meningkat, sistem kesihatan 4 negeri dikhuatiri lumpuh

“Jamuan berbuka puasa, bersahur dan moreh tidak dibenarkan, bagaimanapun masjid, surau dan musolla boleh menyediakan menu berbuka, bersahur serta moreh secara bungkus dan diagihkan kepada jemaah untuk dibawa pulang.

“Selain itu, tidak dibenarkan untuk mendapatkan khidmat imam untuk solat tarawih dan penceramah untuk program Ihya Ramadan daripada luar negeri Kelantan,” katanya.

Beliau berkata, jemaah juga digalakkan untuk mengambil wuduk di rumah masing-masing dan bagi jajahan tidak terbabit PKP seperti Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli adalah sebagaimana prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan sebelum ini.

“MAIK amat mengharapkan kerjasama daripada semua pihak terutama umat Islam secara amnya dalam melaksanakan ketetapan ini dan SOP sebagaimana yang ditetapkan hendaklah dipatuhi sepenuhnya oleh pihak pengurusan masjid, surau dan musolla,” katanya. – Edisi 9

  • Langgan Telegram Edisi 9 untuk mendapatkan laporan terkini!

Baca juga:   20 pekerja kilang pakaian maut dalam kebakaran

Terkini

Video tular guru bantu pelajar beg usang sentuh hati netizen

SATU rakaman video tular memaparkan kasih seorang guru terhadap seorang pelajar membawa beg yang sudah usang ke sekolah sejak...

Lagi Artikel Berkaitan