33.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Pelakon veteran Abu Bakar Omar meninggal dunia

Mesti Baca

CYBERJAYA – Pelakon veteran, Abu Bakar Omar, 73, meninggal dunia dipercayai akibat masalah jantung dan hati di Kedah Medical Centre (KMC), kira-kira pukul 9.04 pagi tadi.

Memetik laporan BH Online, anak sulung Allahyarham, Mohd Zainuddin Abu Bakar berkata, bapanya dibawa ke KMC malam tadi oleh adiknya selepas kelihatan tidak larat ketika berbuka puasa.

“Sebelum dibawa ke hospital keadaan arwah bapa baik-baik sahaja. Arwah boleh berpuasa dan kelihatan sihat seperti biasa.

“Arwah ada menghidap beberapa penyakit, tetapi tidaklah teruk, hanya kolesterol dan masalah usus,” katanya kepada BH Online.

Beliau menambah, bapanya kelihatan penat dan tidak bermaya ketika berbuka puasa malam tadi dan hanya sempat meneguk air sahaja.

Mohd Zainuddin, melihat keadaan Allahyarham yang seperti kepenatan, adiknya bergegas membawa bapa mereka ke KMC.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan doktor mendapati jantung dan hati arwah bengkak.

“Pada tengah malam, bapa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan disahkan meninggal dunia pada pagi ini.

“Pemergian arwah cukup mengejutkan buat kami sekeluarga memandangkan arwah masih boleh berbual sewaktu dalam perjalanan ke hospital,” jelasnya.

Abu Bakar yang memulakan kerjaya lakonan sekitar tahun 1981 merupakan seorang pelakon yang berkarakter dan cukup terkenal dalam drama serta filem tempatan.

Antara filem yang pernah dibintanginya adalah Fenomena, Cinta Kolestol, Hingga Hujung Nyawa dan Duyung.

Allahyarham juga pernah memenangi Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) menerusi lakonan dalam dalam Senja Belum Berakhir pada Anugerah Sri Angkasa 1983 dan Pelakon Lelaki Terbaik (Drama Radio) pada Anugerah Sri Angkasa 1990 menerusi drama radio Bukan Kerana Kasih.

Selain itu, Abu Bakar juga memenangi sebanyak dua kali Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik pada Anugerah Skrin 1999 menerusi telefilem Mata Hati dan 2012 dalam telefilem Gincu Ayah.

Pada Festival Filem Malaysia pula, Abu Bakar pernah tercalon tiga kali menerusi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem Bila Hati Retak (FFM 1983), Rentak Desa (FFM 1991) dan Hingga Hujung Nyawa (FFM 2005).

Terkini

Merakyatkan ilmu sains demi masa depan

Oleh PROF MADYA TS DR ZUL ILHAM ZULKIFLEE LUBES DALAM era di mana kemeruapan drastik, ketidaktentuan, kerumitan dan kesamaran ialah...

Lagi Artikel Berkaitan