25.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, December 7, 2021

Raja scammer Bernie Madoff meninggal dunia

Mesti Baca

NEW YORK – Dalang utama kegiatan penipuan kewangan terbesar dalam sejarah, Bernie Madoff disahkan meninggal dunia semalam.

Memetik laporan AFP, kematian mendiang yang berusia 82 tahun itu disahkan oleh pegawai penjara,

Mendiang sebelum ini dilaporkan mengalami masalah kegagalan buah pinggang.

Pada 2009, beliau yang berasal dari New York dijatuhkan hukuman penjara kerana menganjurkan skim piramid yang memperdayakan puluhan ribu orang di seluruh dunia.

Nilai kerugian akibat penipuan lelaki tersebut dianggarkan kira-kira AS$65 bilion (RM268 bilion).

Biro Penjara Amerika Syarikat (AS) dalam e-mel kepada AFP memberitahu, punca kematian akan dikenal pasti oleh pegawai perubatan.

Pada Februari 2020, peguam kepada Madoff, Brandon Sample berkata, anak guamnya disahkan beberapa menghidap penyakit serius termasuk buah pinggang.

“Biro Penjara merumuskan pada September 2019 bahawa Madoff mempunyai 18 bulan lagi untuk hidup kerana masalah kegagalan buah pinggang,” jelasnya.

Beliau berkata, Madoff memohon belas kasihan kerajaan AS supaya dibebaskan supaya dapat menghembuskan nafas terakhir di rumah.

Namun, permintaan lelaki yang telah menyebabkan ramai pelabur menderita itu ditolak.

Madoff yang dilahirkan pada 29 April 1938 merupakan bekas pakar kewangan yang terkemuka di AS.

Malah, beliau pernah menyandang jawatan Pengerusi Bukan Eksekutif NASDAQ sebelum kegiatan penipuannya yang dianggap terbesar dalam sejarah dunia itu terbongkar.

Mendiang mengasaskan sebuah firma pelaburan kecil pada 1960 yang seterusnya berkembang menjadi Bernard L Madoff Investment Securities.

Baca juga:   Tan Sri Harussani Zakaria meninggal dunia akibat COVID-19
Baca juga:   Pengarah filem, Mamat Khalid meninggal dunia

Beliau memegang jawatan Pengerusi firma tersebut sehingga ditangkap oleh pihak berkuasa AS pada 11 Disember 2008.

Firma berkenaan merupakan salah sebuah syarikat yang membuat keuntungan tertinggi di Wall Street dan ia menjalankan operasi dengan membuat pesanan secara langsung di atas kaunter broker-broker runcit.

Pada Mac 2008, Madoff mengaku bersalah atas 11 tuduhan feloni dan menukarkan perniagaan pengurusan asetnya menjadi skim Ponzi.

Pada 29 Jun 2009, mahkamah menjatuhkan hukuman 150 tahun penjara ke atas mendiang sekali gus menyukarkan peluangnya untuk bebas.

Beliau dimasukkan ke Penjara Persekutuan Butner di Carolina Utara.

Terkini

Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia ikut SOP ketat

PROGRAM 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) akan dilaksanakan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat...

Lagi Artikel Berkaitan