26.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

PBT boleh kompaun ingkar SOP bazar Ramadan

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kompaun terhadap sebarang kesalahan di bawah Akta 342 termasuk kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di bazar Ramadan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berkuat kuasa hari ini, Kementerian Kesihatan telah menurunkan kuasa mengeluarkan kompaun kepada Datuk Bandar, Yang Dipertua PBT dan Pegawai Penguatkuasa PBT Gred 19 ke atas.

Menurut beliau, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menerima beberapa aduan orang ramai mengenai ketidakpatuhan SOP di bazar Ramadan di beberapa lokasi di Malaysia.

“Perkara ini dipandang serius kerana penularan wabak COVID-19 masih berada di tahap membimbangkan.

“Sehubungan itu, PBT digesa untuk mengambil tindakan sewajarnya dalam memastikan pelaksanaan SOP yang dikeluarkan oleh MKN dan Kementerian Kesihatan dipatuhi sepenuhnya.

“Orang ramai juga diminta memberi kerjasama kepada PBT dalam membantu negara melandaikan lengkuk penularan wabak COVID-19,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Semalam, tular dalam media sosial gambar-gambar menunjukkan situasi sesak di beberapa bazar Ramadan di seluruh negara.

Sementara itu, Ismail Sabri mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tujuh jajahan di Kelantan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah mulai 16 hingga 29 April 2021.

Beliau memberitahu, Kementerian Kesihatan mengesahkan berlaku peningkatan kes sebanyak 30.5 peratus di Kelantan dalam tempoh 14 hari iaitu daripada 756 kes kepada 1,088 kes dan kesemua tujuh jajahan terbabit berada dalam Zon Merah.

“Selain itu, terdapat juga sembilan kluster baharu telah dilaporkan dalam tempoh 14 hari dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi,” jelasnya.

SOP di kawasan PKP adalah seperti berikut:

ï‚· Sekatan jalanraya akan diadakan di semua sempadan daerah dan sempadan negeri.

ï‚· Semua sektor ekonomi dan perniagaan yang diluluskan oleh Kementerian/Agensi yang berkaitan BOLEH beroperasi dalam tempoh PKP.

ï‚· Menggunakan aplikasi MySejahtera untuk pemantauan status kesihatan.

Selain itu, PKP Diperketatkan (PKPD) akan dikuatkuasakan di Kampung Tanjung Batu Keramat, Kota Belud, Sabah serta Ladang Leepang, Ladang Laukin dan Kampung Inoi di Muadzam Shah, Rompin, Pahang mulai esok hingga 28 April.

Sementara itu, PKPD di Kampung Juara, Pulau Tioman, Rompin, Pahang yang dijadualkan berakhir pada 20 April ditamatkan lebih awal esok. – EDISI 9

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan