32.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Polis tahan 4 individu kes pukul, ugut dua ‘bodyguard’ kerana berpuasa

Mesti Baca


CYBERJAYA – Polis Klang Selatan menahan empat individu, yang disyaki terlibat dengan kejadian berkaitan dua pekerja lelaki yang telah dipukul secara bergilir, kerana berpuasa.

Dalam kenyataan Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima satu laporan polis pada pukul 4.16 petang tadi di Balai Polis Klang, berkaitan kejadian dua lelaki tersebut yang dipukul secara bergilir di bahagian belakang badan.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa telah dipukul dengan menggunakan sebatang rotan oleh majikannya dan seorang lagi pekerja.

“Siasatan awal polis mendapati kejadian berlaku semasa lelaki tersebut berada di rumah majikannya di Bukit Tinggi, Klang dipercayai berpunca daripada majikan memarahi mangsa kerana berpuasa,” katanya.

Shamsul Amar berkata, majikan lelaki tersebut juga telah mengambil sepucuk pistol yang berada di pinggang salah seorang daripada dua lelaki tersebut, dan mengacukan ke arahnya dan mengeluarkan ugutan yang menghina agama.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, 506 Kanun Keseksaan dan 298 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek akan direman di Mahkamah Klang hari ini.

“Polis Daerah Klang Selatan ingin menegaskan bahawa, kes ini tidak melibatkan sebarang isu perkauman,” katanya.

Advertisements

Beliau juga menasihatkan masyarakat atau mana-mana individu, agar tidak menyalahgunakan media sosial dengan berkongsi sebarang provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti perkauman, sehingga menjejaskan keharmonian kaum dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang bertindak di luar batasan undang- undang.

Semalam, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioener Mohamad Zainal Abdullah berkata, kejadian dipercayai bermula di sebuah kondominium di Jalan Pinang, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 10 malam.

‘’Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa bekerja dengan sebuah syarikat keselamatan dan dilantik sebagai pengawal peribadi suspek yang berusia 43 tahun.

‘’Semasa berada di kondominium terbabit, suspek yang merupakan majikannya telah bertanya adakah mereka berpuasa ketika hari kejadian. Setelah diberitahu mereka berpuasa suspek bertindak memarahi dan menampar kepala mansag,’’ katanya.

Selepas itu mangsa telah mengikut suspek ke rumah di Bati Nilam, Klang sebelum kedua-dua mereka dipukul menggunakan rotan dan diacukan dengan pistol.

Akibat kejadian tersebut kata Mohamad Zainal, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan lebam dan terdapat darah beku di bahagian belakang badan.

Advertisements

Terkini

Sistem eDKK dinaik taraf menjadi sistem bersepadu ANAK – Nancy

JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam proses menaik taraf Sistem Semakan Pesalah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Dalam Daftar Kanak-Kanak (eDKK)...

Lagi Artikel Berkaitan