26.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Tindakan tegas individu langgar SOP bazar Ramadan

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan semasa mengunjungi bazar Ramadan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya akan memantau lokasi-lokasi bazar Ramdan bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP.

“PDRM menasihatkan orang ramai agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) ketika berkunjung ke bazar-bazar Ramadan di seluruh negara.

“Selain itu, peniaga juga perlu bertanggungjawab dalam memastikan pengunjung premis mereka sentiasa mematuhi SOP ketika urus niaga iaitu memakai pelitup muka, menjaga jarak fizikal dan mengimbas kod QR aplikasi MySejahtera,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Semalam, media melaporkan tentang kesesakan di bazar-bazar Ramadan dan kebimbangan orang ramai berhubung pematuhan SOP oleh peniaga dan pengunjung.

Sebahagian besar daripada netizen khuatir situasi tersebut akan mencetuskan gelombang baharu COVID-19 sekali gus peningkatan kes secara mendadak.

Berikut adalah SOP bazar Ramadan seperti yang dikeluarkan oleh MKN:

📌 Semua peniaga perlu memeriksa suhu badan setiap hari. Jika bergejala tidak dibenarkan berniaga/mengendalikan perniagaan

📌 Semua peniaga perlu memakai PAS KHAS yang disediakan oleh penganjur tapak

📌 Semua peniaga WAJIB memakai face mask dan apron

Advertisements

📌 Semua peniaga digalakkan memakai pelindung muka dan sarung tangan

📌 Konsep jualan adalah TAKE AWAY sahaja

📌 Perlu melakukan nyah kuman pada setiap hari

📌 Penganjur perlu sediakan kawalan pintu keluar/masuk dengan penjarakan 1 meter

📌 Meletakkan tanda 1 meter pada jarak ketika beratur

📌 Bilangan pengunjung 1 gerai : 2 orang sahaja dalam satu masa

📌 Pendaftaran MySejahtera di laluan masuk bazar dan setiap gerai

📌 Pemakaian PELITUP MUKA dengan betul adalah WAJIB

📌 Saringan suhu badan di laluan masuk bazar sahaja.

Diharap semua pengunjung dan peniaga bazar Ramadan di seluruh negara mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN bagi mencegah penularan pandemik COVID-19 dalam kalangan mereka. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan