27.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Kerteh FC enggan terburu-buru sertai Liga M3, tunggulah…

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

BIARPUN memegang reputasi sebagai juara berganda Liga Amatur Terengganu dalam penampilan pertamanya pada 2019 lalu, namun Kerteh FC enggan terburu-buru menyertai M3 Liga Malaysia musim ini.

Sebaliknya, kelab komuniti yang semakin menjadi bualan para peminat bola sepak tanah air itu lebih selesa untuk beraksi dalam liga lebih rendah iaitu M4 dan mengikut perancangan kelab sebelum ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kerteh FC, Syed Khairi Amier, belum tiba masanya Kerteh FC beraksi dalam liga lebih tinggi kerana mahu memperkukuhkan dahulu kelab tersebut terutama dari segi kewangan.

Beliau tidak mahu kerana Kerteh FC menerima nasib sepertimana banyak kelab amatur lain yang terlalu awal menyertai liga lebih tinggi yang akhirnya terkubur kerana tidak mampu bertahan.

“Sebenarnya kita tidak ada perancangan untuk main liga M3 dalam masa terdekat, sebabnya fokus kita sekarang ini adalah fasiliti, kita nak bangunkan fasiliti terlebih dahulu, kita ikut apa yang kita rancang dalam roadmap,” kata beliau.

Kerteh FC baharu sahaja diberi hak oleh Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) untuk menaik taraf dan menguruskan Stadium Mini Kerteh dengan kos keseluruhan bernilai RM7 juta.

Dalam satu majlis perjanjian yang ditandatangani di Kelab Golf & Rekreasi Kerteh, Kemaman Sabtu lalu, Kerteh FC menerusi syarikat Kerteh Sports City Sdn Bhd diberi hak selama 15 tahun untuk menguruskan fasiliti tersebut.

Kerteh Sports City, apabila siap pengubahsuaiannya kelak akan dijadikan home ground bagi Kerteh FC yang lengkap dengan kemudahan lain seperti gelanggang futsal, gimnasium, pejabat dan lain-lain.

Kelab itu juga baru sahaja melancarkan logo baharu bagi memperkukuhkan jenamanya bukan sahaja dalam bidang sukan tetapi perniagaan, yang menjadi sumber utama kewangannya.

Syed Khairi tidak menafikan bahawa pihaknya pernah ditawar oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menyertai M3 malah Liga Perdana.

“Pada kami M3 adalah penting tetapi bukan sekarang. Perkara ini sedang dijalankan dan kita akan tumpukan kepada pembangunan akar umbi supaya kita masuk dengan lebih bersedia,” katanya.

Katanya, sekolah bola sepak yang sedang dilaksanakan kelab itu masa kini amat penting kerana para pemain inilah yang nantinya akan membawa Kerteh FC bersaing dalam liga tertinggi, Liga Super.

Justeru, ia memerlukan jangka masa lebih lama antara 10 hingga 30 tahun.

“Kalau ikut kepada perancangan kita, sasarannya adalah Liga Super tetapi bukan sekarang, semua fasiliti sudah siap dan kita telah bersedia barulah kita akan tumpukan kepada prestasi pasukan untuk ke Liga Super. Perkara ini akan ambil masa dalam 20-30 tahun.” katanya lagi.

Atas sebab itulah nama Kerteh FC tiada dalam senarai pendek kelab-kelab yang menyertai Liga M3 2021 seperti diumum baru-baru ini.

Sebaliknya kelab terbabit ialah Armed Forces FC, BRM FC, Cyberlynx FC, FC Langkawi, Harini KS FC, Kijang Rangers FC, Kinabalu Jaguars FC, KSR Sains FC dan Kuala Kangsar FC.

Turut bersaing ialah Langkawi City FC, Manjung City FC, MNY FC, PIB FC, Real Chukai FC. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan