28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

#KerajaanGagal: Najib sudah jangka UMNO akan dipersalah

Mesti Baca

CYBERJAYA – Datuk Seri Najib Razak sudah menjangkakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pasti akan dipersalahkan sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) gagal menguruskan negara seperti yang diharapkan rakyat.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, isu tersebut sudah diulas beliau pada Oktober tahun lalu yang mana beliau meramalkan UMNO-BN akan dikaitkan dengan kegagalan kerajaan dari segi ekonomi, Covid-19 dan langkah-langkah yang tidak disenangi rakyat.

Bagaimanapun bekas Perdana Menteri itu berkata, ulasan yang diberikan itu dipandang serong dan digunakan oleh pihak-pihak tertentu sebagai propaganda bahawa beliau menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyelesaikan kes-kes mahkamahnya.

“Sebenarnya, saya segan untuk mengulas tentang hashtag #kerajaangagal ini sebab menteri-menteri UMNO dan BN masih menyokong dan merupakan sebahagian dari kerajaan PN.

“Seperti diulas saya enam bulan dahulu, pada Oktober tahun lepas, saya sudah ramal bahawa UMNO-BN bakal dikaitkan dengan kegagalan kerajaan dari segi ekonomi, Covid dan langkah-langkah yang tidak akan disenangi rakyat seperti apa yang berlaku ketika ini,” katanya menerusi catatan dalam Facebooknya.

#KerajaanGagal menjadi trending dalam media sosial sejak dua hari lalu berikutan tindakan warganet menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin terutama dalam menangani isu-isu ekonomi dan wabak Covid-19.

Najib berkata, beliau mula sedar bahawa niat kerajaan PN sudah tidak betul apabila mereka kali pertama meminta darurat dan Parlimen digantung pada bulan Oktober lalu tanpa berbincang dengan UMNO.

Ini kerana, beliau berpendapat bahawa ia tidak akan membantu dalam usaha mengawal wabak Covid-19 sebaliknya akan melemahkan lagi ekonomi dan pelaburan asing yang sudahpun lemah akibat kerajaan yang tidak stabil dengan majoriti tipis.

UMNO diijadikan kambing hitam berikutan kegagalan kerajaan PN menguruskan Covid-19 dan ekonomi negara pada masa kini. – Sumber: FB Najib Razak

“Ini terbukti benar hari ini bahawa darurat tak membantu manakala pelaburan asing kami junam ke paling rendah dalam ASEAN berbanding paling tinggi sebelum PRU-14.

Advertisements

“Saya juga kecewa dengan langkah-langkah mengawal Covid yang diambil kerajaan masa itu,” katanya.

Antanya, tindakan kerajaan tidak mewajibkan kuarantin bagi mereka yang pulang dari Sabah selepas Pilihan Raya Negeri sebelum diganti dengan kurantin kendiri selama tiga hari sahaja walaupun Kementerian Kesihatan mahukan tempoh kuarantin enam hari.

“Sebab itu, saya pilih untuk kuarantin kendiri selama 14 hari walaupun arahan adalah hanya untuk tiga hari.

“Melihat ini, saya saran kerajaan untuk sekat rentas negeri serta-merta memandangkan jumlah kes baru Covid di Semenanjung cuma dalam puluhan kes sehari masa itu tapi tidak dilayan kerajaan,” katanya.

Najib berpandangan, sekiranya Covid-19 terkurung di Sabah dan tidak merebak di Semenanjung, kerajaan boleh tumpukan seluruh usaha untuk membendung dan mengawal wabak itu di negeri berkenaan dalam masa tersingkat.

“Tapi ini tidak berlaku dan gelombang ketiga yang bermula pada bulan Oktober itu telah berlanjutan sehingga hari ini.

“Jika Covid terkawal, ekonomi memulih dan pelaburan asing masuk maka kerajaan tak perlulah guna begitu banyak wang untuk pakej-pakej bantuan sehingga PM8 terpaksa mengaku kerajaan hari ini tiada banyak wang lagi,” katanya.

Najib berkata, beliau tidak faham kenapa sehingga hari ini UMNO dan BN masih mahu berkait dengan kerajaan yang gagal melainkan ada yang lebih mementingkan jawatan berbanding kepentingan negara, rakyat dan parti. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan