26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

Kerajaan BN hari-hari kena ‘bantai’, pelabur tetap datang – Najib

Mesti Baca

CYBERJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) terutama semasa beliau menjadi Perdana Menteri hampir setiap hari kena ‘bantai’ namun pelabur tetap datang ke negara ini.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Pekan itu menafikan dakwaan Ketua Perhubungan UMNO Perlis konon tindakan beliau yang terus menerus mengkritik kerajaan Perikatan Nasional (PN) punca negara kehilangan pelabur.

Bekas Menteri Kewangan itu sebaliknya menggariskan 10 langkah yang perlu dilakukan oleh kerajaan PN jika mahu menarik semula pelabur ke negara ini.

Beliau berkata, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah menghentikan darurat yang diumumkan sejak 14 Januari lalu bagi memulihkan semula demokrasi negara.

Selain itu, kerajaan PN juga perlu mengawal wabak Covid-19 dengan betul dan bukannya separuh masak di samping mempercepatkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Jangan salah gunakan perundangan dan institusi kerajaan termasuk LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) untuk tujuan politik.

“Pulihkan sebuah kerajaan dipilih rakyat dengan majoriti yang kukuh tanpa membeli katak,” katanya menerusi hantaran dalam Facebook malam ini.

Baca juga:   Muhyiddin dedah bukti Najib minta campur tangan kes mahkamah

Ahli Parlimen Pekan itu membalas kenyataan Ahli Parlimen Arau itu yang menggesa beliau memberikan pandangan positif kepada kerajaan serta bersama-sama menarik pelabur.

Shahidan yang mengulas kritikan Najib terhadap pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa gagal mengurus ekonomi dan Covid-19.

Sementara itu Najib berkata, kerajaan PN juga menggariskan hala tuju dan visi ekonomi yang jelas dan bukan visi seperti Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang sukar difahami.

Baca juga:   Pelik, 'Mr ISA' gelar kerajaan Anwar diktator

“Jangan sesuka hati batal perjanjian-perjanjian projek termasuk projek bersama negara-negara lain. Jangan jual semua aset-aset yang jana pendapatan untuk negara.

“Jangan pilih menteri yang terbukti gagal jaga ekonomi negara dalam kerajaan PH (Pakatan Harapan) dan ditugaskan semula dalam kerajaan PN untuk tarik pelabur. Pilih pemimpin yang ada track-record baik,” katanya.

Selain itu, kerajaan PN juga diminta tidak terlalu memberi alasan tidak masuk akal kepada rakyat.

Antaranya, “terlalu banyak orang tua dalam Parlimen”, “perlu tiga tahun dua bulan untuk integrasi Jabatan Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk laksana Undi18” serta “graduan perlu bersyukur jika mendapat kerja dengan gaji di bawah gaji minima”.

Manakala langkah terakhir ialah jangan asyik mengeluarkan kenyataan yang menghakis keyakinan pelabur seperti negara tidak ada wang lagi atau penjawat awam perlu memotong gaji untuk membantu ekonomi negara. – Edisi 9

Baca juga:   Mahkamah tolak rayuan Najib gugurkan Gopal Sri Ram

Wartawan

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan