25.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

Peranan Tunku Mahkota Johor dalam ratifikasi ICERD

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

PEMERINTAHAN kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan telah menunjukkan kegagalan mereka dalam memahami inti hati rakyat Malaysia dalam pelbagai perkara seperti ekonomi, kewangan dan lain-lain.

Namun dalam perihal tradisi dan perkauman pula tiada isu yang lebih besar daripada isu mengenai ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) di mana kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya terpaksa membuat pusingan-U dan menukar keputusan asal mereka.

Terdapat ramai lapisan masyarakat yang mencabar keputusan kerajaan ketika itu, terutamanya ketika demonstrasi pembantahan ICERD di Kuala Lumpur pada Disember 2018.

Ramai juga dalam kalangan ahli politik dan pemimpin yang lantang bersuara. Salah satu individu yang dilihat sangat instrumental atau berjaya mempengaruhi pendapat rakyat mengenai ICERD adalah Tunku Mahkota Johor (TMJ).

Apa Sebenarnya Peranan TMJ Dalam Menyemarakkan Sentimen Rakyat Mengenai Isu Ini?

Secara umumnya, ICERD merupakan sebuah konvensyen oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang bertujuan untuk memupuk kesamarataan kaum dalam segenap lapisan masyarakat antarabangsa.

Meskipun secara asasnya konvensyen ini berniat baik, namun kita perlu melihat sejarah, adat, dan uruf setempat (Malaysia) yang berbeza dengan negara-negara lain.

Walaupun Malaysia merupakan negara yang berbilang bangsa dan fahaman, ratifikasi ICERD boleh menghasilkan kemudaratan yang lebih besar daripada kebaikannya.

Sudah tentu ia akan membuka ruang kepada pihak lain untuk mencabar Perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia, mencabar kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan peruntukan keistimewaan terhadap orang Bumiputera di negara ini, serta mencabar kedudukan Majlis Raja-Raja.

Perlembagaan Malaysia sudah pun menjamin hak-hak setiap warganegara, tidak mengira bangsa atau agama.

Pada mulanya rakyat tidak banyak bersuara tetapi selepas beberapa VVIP termasuk TMJ membuka mulut, ramai rakyat mula menentang ICERD.

Adakah ini deep state yang dimaksudkan oleh kerajaan PH iaitu elemen-elemen tersembunyi yang mempunyai akses dan pengaruh yang besar di dalam jentera-jentera kerajaan dan berjaya mendominasi pemikiran rakyat untuk menentang keputusan kerajaan mengenai ICERD?

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-dah-batal-icerd-takperlu-lagi-berhimpun-191911

TMJ ketika itu berpesan kepada setiap rakyat Malaysia supaya bertanggungjawab dalam mempertahankan Perlembagaan Malaysia, selepas baginda ditanya oleh seorang netizen mengenai pandangan baginda terhadap ICERD.

Adakah ini satu pesanan yang telah dirancang oleh TMJ? Kerana baginda mungkin menggunakan kekuatan akaun-akaun media sosialnya yang mempunyai pengaruh yang sangat luas dikalangan belia-belia Malaysia. Adakah soalan asal itu juga satu “planted question” atau telah dirancang oleh baginda sendiri?

Baginda juga berpesan supaya rakyat seharusnya tidak melupakan tradisi, warisan, dan sejarah yang berlaku di negara ini.

“Menjadi liberal dalam pembangunan dan inovasi adalah bagus, tetapi kita tidak seharusnya lupa tradisi, warisan dan sejarah kita,” katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/677/EDISI/Johor/ICERD-Inipesanan-TMJ-buat-rakyat-Malaysia

Mujurlah akhirnya Malaysia menarik diri daripada penyertaan penuh ICERD, yang mungkin akan membawa pelbagai isu seperti isu perkauman dan juga mungkin akhirnya memusnahkan kedudukan istimewa bumiputera dan warisan tradisi institusi raja-raja orang Melayu.

Keputusan asal untuk meratifikasi ICERD telah dilakukan oleh Kabinet Dr Mahathir ketika itu tanpa perbincangan dengan Majlis Raja-Raja Melayu.

Keputusan untuk tidak membuat perbincangan ini adalah amat mengecewakan kerana Majlis Raja-Raja mempunyai peranan yang penting seperti yang tertulis di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Maklumlah, Dr Mahathir tidak pernah mementingkan hubungan istana dengan orang Melayu dan juga mempunyai sejarah menentang kuasa raja-raja Melayu.

Bila kerajaan PH akhirnya terpaksa membuat keputusan pusingan-U dan menolak ratifikasi ICERD adakah ini dilihat sebagai satu “kejayaan” TMJ dalam menewaskan Dr Mahathir?

Walaupun kerajaan PH tidak lagi memegang tampuk kuasa, namun masih lagi ramai di luar sana yang menginginkan Malaysia untuk menjadi sebuah negara liberal.

Orang Melayu hanya boleh bergantung kepada Majlis Raja-Raja Melayu untuk mempertahankan hak-hak mereka yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Keberanian TMJ dalam bersuara mengenai isu ini secara langsung ataupun tidak langsung telah berjaya memeliharakan kedaulatan negara dan keutuhan institusi raja-raja Melayu.

Akhirnya adakah rancangan atau game plan TMJ yang telah berjaya mempengaruhi keputusan kerajaan PH untuk menolak keputusan untuk ratifikasi ICERD?

Ataupun baginda hanya memberi pendapat peribadi baginda bila ditanya di media sosial?

Ataupun ianya hanyalah secara kebetulan ramai rakyat yang turun pada demonstrasi di Kuala Lumpur membawa sepanduk dan plakad-plakad dengan nama TMJ di atasnya?

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan