34.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

MBS Travel Fair 2021 tawar pakej pelancongan menarik

Mesti Baca

SEREMBAN – Orang ramai dijemput hadir ke program MBS Travel Fair 2021 bertempat di Lobi, Wisma MBS pada 20 hingga 22 April ini, bermula pukul 9.00 pagi hingga 4.30 petang.

Program yang julung-julung kali diadakan itu berkonsepkan jualan dan pameran berkaitan pakej penginapan, pakej percutian keluarga dan pakej bufet Ramadan di sekitar bandar ini.

MBS Travel Fair merupakan salah satu inisiatif Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dalam membantu industri pelancongan di daerah ini yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

Selain itu, program berkenaan juga memberi peluang kepada pihak industri merancang dalam membuat pelan pemulihan mereka agar tidak terus lumpuh.

Dalam pada itu, program ini juga bertujuan untuk mengekalkan level of noise berkaitan pelancongan di daerah ini.

Sebanyak 24 reruai pameran disediakan bagi program kali ini yang disertai oleh:

  1. Klana Resort
  2. Royal Chulan
  3. Palm Mall
  4. Lexis Hibiscus & Group
  5. D Sora & D Tempat
  6. Sutera Hotel S2
  7. Nilai Spring Resort Hotel
  8. Tasik Villa Port Dickson
  9. Mantin Art Forest
  10. Kg. JKIN Resort
  11. Jelita Ostrich Farm
  12. Nabilah Agro Farm
  13. Taman Rekreasi Air
  14. Basikal @ Laman Basikal
  15. Broga Orchid Hill
  16. Bella Popcorn (Industri Kecil & Sederhana, IKS)
  17. Shasha Cookies (IKS)
  18. NS Chocolate Gallery (IKS)
  19. Cookies (IKS)
  20. Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan
  21. IKS
  22. Thistle Port Dickson
  23. MBS
  24. Ehsan Waterpark Dickson

MBS Travel Fair akan dirasmikan oleh Datuk Bandar MBS, Datuk Zazali Salehudin pada 20 April pukul 3.00 petang.

Program itu turut menyasarkan 1,000 kehadiran pengunjung selama tiga hari dari kakitangan kerajaan, pengunjung MBS dan masyarakat sekitarnya.

Rancanglah percutian anda bermula dari sekarang, pasti ia berbaloi. Semua dijemput hadir.

Pada masa yang sama, pengunjung diingatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mencegah penularan COVID-19. – EDISI 9

Terkini

Keputusan peperiksaan STAM 2023 diumum 26 Mac ini – KPM

KEPUTUSAN Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2023 akan dikeluarkan pada hari Selasa, 26 Mac ini. Kementerian Pendidikan...

Lagi Artikel Berkaitan