31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Kenyataan Ronnie gambaran pemikiran sempit, toksik

Mesti Baca

CYBERJAYA – Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menyifatkan kenyataan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Ronnie Lie yang enggan parti itu mencairkan identiti kecinaannya sebagai gambaran pemikiran yang sempit dan toksik.

Beliau turut menganggap kenyataan Ronnie seperti yang disiarkan oleh Malaysiakini semalam sebagai sesuatu yang oksimoron.

“Ronnie Liu tidak mewakili saya. DAP yang Ronnie mahukan bukan DAP yang saya sertai.

“Saya sertai DAP kerana parti ini mempertahankan semua rakyat Malaysia. Saya tidak setuju dengan ucapan beliau. Apa budaya parti? Apa maksud mencairkan kecinaannya? Bukankah ini pemikiran sempit dan toksik?” katanya dalam hantaran Facebook.

Hannah menambah, pengalamannya dengan DAP mungkin lebih pendek berbanding penglibatan Ronnie namun perjuangannya dalam DAP adalah tidak sama dengan apa yang dinyatakan oleh Ronnie.

Beliau memberitahu, ketika Pakatan Harapan (PH) masih berkuasa, Ronnie sentiasa menghitung hari dalam Facebook untuk melihat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyerahkan jawatan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata, pemimpin-pemimpin PH ketika itu berdepan situasi mencabar melaksanakan tanggungjawab mengikut porfolio masing-masing dengan berdepan pelbagai kekangan.

“Desakan berterusan yang tidak produktif oleh wakil rakyat atau pemimpin CEC seperti Ronnie tidak membantu,” jelasnya.

Menurut Hannah, semua orang termasuk Dr Mahathir, Anwar, Ronnie dan beliau sendiri mesti sama-sama dipersalahkan atas kejatuhan kerajaan PH.

RONNIE LIU – Gambar: Facebook

Seperti dilaporkan Malaysiakini, Ronnie berkata, parti itu tidak boleh dibataskan hanya untuk mendapatkan sokongan orang Melayu.

“DAP adalah parti pelbagai kaum. Parti ini tidak perlu mencairkan kecinaannya hanya kerana kritikan daripada musuh politik kita.

“Kita harus memelihara budaya parti, serta semangat perlembagaan parti, perjuangan politik pluralistik dan demokratik.

“DAP adalah untuk semua rakyat Malaysia. Kita perlu bekerjasama dengan parti-parti Melayu yang lain, tetapi kita tidak boleh menjatuhkan maruah atau menggambarkan diri kita sebagai parti bukan Cina.

“Kamu tidak akan mendapat sokongan orang Melayu dengan pendekatan ini,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran buku veteran DAP, Liew Ah Kim di Klang, semalam. – EDISI 9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan