24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

1,758 kes baharu, Sarawak catat jumlah tertinggi

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Sebanyak 1,758 kes jangkitan baharu COVID-19 dikesan di seluruh negara hari ini, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 363,940 kes sejak pandemik itu melanda.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 1,758 kes merupakan kes tempatan manakala sembilan kes lagi adalah import.

“Pada hari ini, Sarawak melaporkan jumlah kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 607 kes (34.4 peratus).

“Daripada jumlah ini, sebanyak 319 kes (52.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 483 kes (27.3 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 133 kes (7.5 peratus),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurut beliau, sebanyak 21 kes (1.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Jalan Salleh (11 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (7 kes), dan Kluster Telok Mas (3 kes).

Dr Noor Hisham memberitahu, sebanyak 12 kematian dilaporkan hari ini yang melibatkan masing-masing empat kes di Sabah dan Sarawak, tiga kes di Selangor, dan satu kes di Terengganu.

“Kesemua kes melibatkan warganegara,” jelasnya.

Seramai 1,290 pesakit sembuh hari ini, menjadikan jumlah terkumpul 346,295 atau 95.2 peratus daripada keseluruhan kes.

Sebanyak 199 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi manakala 82 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

Secara keseluruhan, sebanyak 16,300 masih aktif di seluruh negara.

Advertisements

Terdapat sembilan kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini melibatkan empat kluster tempat kerja, tiga kluster komuniti, masing-masing satu kluster keagamaan dan kluster pusat tahanan.

KLUSTER JALAN PUNCAK BORNEO
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuching di Sarawak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 11 April 2021 hasil saringan bersasar di tempat kerja. Kluster ini melibatkan pelatih-pelatih sebuah pusat latihan yang terletak di Jalan Puncak Borneo, Kuching. Sehingga 13 April 2021, sejumlah 111 individu telah disaring, di mana 61 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN RAJA LAUT
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Cheras, Kepong, dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-356489) dilaporkan positif COVID-19 pada 9 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan Raja Laut, Lembah Pantai. Sehingga 13 April 2021, sejumlah 100 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN HISHAMUDDIN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-361396) dilaporkan positif COVID-19 pada 12 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat pengangkutan yang terletak di Jalan Sultan Hishamuddin, Tasik Perdana, Lembah Pantai. Sehingga 13 April 2021, sejumlah 79 individu telah disaring, di manasembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER LEBUH WAWASAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya, daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-355751) dilaporkan positif COVID-19 pada 8 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Lebuh Wawasan, Presint 7, Putrajaya. Sehingga 13 April 2021, sejumlah 65 individu telah disaring, di mana 11 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TABANAK
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Lahad Datu di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-359696) dilaporkan positif COVID-19 pada 11 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan di mana kes-kes dilaporkan berlaku iaitu Kampung Tabanak, Lahad Datu. Sehingga 13 April 2021, sejumlah 89 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER KAMPUNG GAYANG
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Tuaran di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-352360) dilaporkan positif COVID-19 pada 6 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang diadakan pada 28 Mac 2021 di Kampung Gayang, Tuaran. Sehingga 13 April 2021, sejumlah 548 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TAMAN MALIM JAYA
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Melaka Tengah dan Jasin di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-362108) dilaporkan positif COVID-19 pada 12 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Taman Malim Jaya, Melaka. Sehingga 13 April 2021, sejumlah 52 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN SALLEH
Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 3 April 2021 hasil saringan bersasar sebuah pusat tahanan yang terletak di Jalan Salleh, Muar. Sehingga 13 April 2021, sejumlah 100 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN BUKIT BELIDA
Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-357128) dilaporkan positif COVID-19 pada 9 April 2021 hasil saringan pra pekerjaan. Kluster ini melibatkan sebuah pusat keagamaan yang terletak di Jalan Bukit Belida 1, Seremban. Sehingga 13 April 2021, sejumlah 27 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan