34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Darurat gagal halang penyebaran Covid-19 – Najib

Mesti Baca

CYBERJAYA – Selepas genap tiga bulan proklamasi darurat dilaksanakan bagi membendung penyebaran wabak Covid-19, namun hasilnya tidaklah memberangsangkan.

Sejak dilaksanakan perintah darurat kesihatan mulai 13 Januari lalu, termasuk pembatalan sidang Parlimen, jumlah kes harian Covid-19 tidak menampakkan perubahan besar.

Semalam sahaja sebanyak 1,767 kes baharu direkodkan manakala terdapat 16,300 kesa aktif di seluruh negara.

Malah, kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt diberi oleh Kementerian Kesihatan juga meningkat kepada 1.09 iaitu petunjuk bahawa jumlah jangkitan baharu adalah dalam trend menaik.

Justeru, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan pelaksanaan darurat terbukti gagal menghentikan penularan wabak penyakit yang mula melanda sejak awal tahun lalu itu.

Malahan menurut beliau, harapan untuk mencapai sasaran darurat dan perintah kawalan pergerakan (PKP 2.0) iaitu untuk menurunkan kes kepada dua angka pada bulan Mei juga semakin malap.

“Adalah kesilapan besar apabila kerajaan PN (Perikatan Nasional) degil untuk melaksanakan PKP yang singkat tapi amat ketat tanpa kelonggaran tetapi pilih untuk buat PKP separuh masak dengan segala kelonggaran bagi kilang-kilang, Ikea, shopping mall, Victoria’s Secret, kedai emas dan sebagainya pula pada permulaan PKP 2.0.

“Akibatnya, kebenaran rentas negeri sempena Aidilfitri menjadi tanda tanya besar,” katanya menerusi akaun media sosialnya hari ini.

Pada Januari lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan proklamasi darurat sehingga 1 Ogos ini.

Menurut laman web Majlis Keselamatan Negara (MKN), darurat diisytiharkan kerana penularan wabak Covid-19 di Malaysia semakin membimbangkan dan dilihat sebagai suatu darurat yang besar menyebabkan keselamatan atau kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam di Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam sekiranya tidak dibendung.

Penggunaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 324) sahaja tidak memadai kerana masalah jangkitan penyakit kini tidak lagi terhad kepada lokaliti tertentu sahaja.

Tempoh darurat juga akan memberi ruang kepada kerajaan menumpukan pemulihan ekonomi negara selain menjamin dan mengekalkan keselamatan serta ketenteraman awam. – Edisi 9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan