Thursday, July 23, 2026

Zahid jadi mangsa fitnah, nafi tulis amanat palsu

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan beliau menulis amanat kepada ahli-ahli parti berhubung perancangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk terus berkuasa.

Menurut beliau, artikel itu juga menyebut bahawa pelbagai serangan telah diberikan ke atas dirinya, tindakan Ahli Parlimen melompat parti, penyalahgunaan kuasa, perpaduan ummah, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) serta pelbagai intipati lain.

“Ingin saya menegaskan bahawa artikel itu tidak ditulis oleh saya mahupun dengan kebenaran saya tetapi dilakukan oleh orang lain yang tidak diketahui individu berkenaan.

“Saya menyedari saban hari pelbagai fitnah dilakukan pihak tertentu bagi mengkucar-kacirkan situasi politik semasa serta memburuk-burukkan UMNO.

“Saya berharap pihak yang melakukan perkara ini menghentikan segera perbuatan politik jahat,” katanya dalam hantaran Facebook miliknya hari ini.

Ahmad Zahid turut menyiarkan cetakan skrin amanat palsu tersebut yang antaranya menyeru ahli-ahli UMNO menolak PPBM dan pada masa yang sama, memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN).

amanat
Sebahagian amanat palsu yang tular dalam media sosial.

Beliau juga berharap Ramadan kali ini dimanfaatkan sepenuhnya bagi meningkatkan amal ibadah bukannya menabur fitnah serta mengamalkan politik tidak matang.

“Saya menyarankan semua pihak yang mahu mendapatkan kenyataan rasmi daripada saya boleh meninjau melalui Facebook ini dan juga Telegram saya,” jelasnya. – EDISI 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan