24.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 19, 2021

CUEPACS seru penjawat awam sumbang wakaf tunai

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Bersempena Bulan Wakaf Kebangsaan, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyeru penjawat awam untuk terlibat dalam sumbangan wakaf tunai melalui potongan gaji secara berkala dan sukarela.

Presiden CUEPACS, Adnan Mat berkata, langkah itu adalah bagi mengukuhkan lagi peranan wakaf dalam pembangunan sosial serta ekonomi negara.

Menurut beliau, pembabitan kira-kira 1.6 juta orang warga penjawat awam dalam sumbangan wakaf tunai amat diharapkan bagi mengukuhkan peranan wakaf sebagai salah satu elemen penting yang mampu membantu meningkatkan taraf sosioekonomi rakyat tanpa mengira agama dan bangsa.

“Langkah kerajaan meluluskan Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2020 untuk melakukan potongan gaji wakaf tunai secara sukarela bagi pegawai awam yang berkhidmat di Persekutuan dan negeri merupakan satu kemudahan yang perlu dimanfaatkan oleh semua penjawat awam.

“Bayangkan sekiranya 1.6 juta penjawat awam menyumbang purata RM10 seorang pada setiap bulan untuk sumbangan wakaf, sudah tentu sekitar RM192 juta setahun mampu dikumpulkan ke dalam dana wakaf tersebut setiap tahun melalui penjawat awam sahaja.

Baca juga:   Tangani segera isu pegawai perubatan kontrak - CUEPACS

“Walau bagaimanapun usaha yang lebih berkesan perlu dilakukan oleh kerajaan terutama Yayasan Wakaf Malaysia bagi meyakinkan dan menggalakkan penglibatan penjawat awam terutama mereka yang bukan beragama Islam,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Adnan menambah, CUEPACS juga berharap Yayasan Wakaf Malaysia dengan penglibatan majlis agama-agama Islam negeri melaksanakan pelbagai lagi inisiatif bagi mengukuhkan penglibatan rakyat terutama masyarakat bukan Islam supaya bersama-sama terlibat dalam pembangunan dana wakaf.

Baca juga:   Elaun RM500 frontliners KKM indah khabar dari rupa

Beliau memberitahu, persepsi mengenai dana wakaf hanya khusus untuk umat Islam sahaja perlu ditangkis dalam pemikiran rakyat melalui pendekatan yang lebih mesra kepada masyarakat bukan Islam.

“Dalam konteks perkhidmatan awam pula, CUEPACS berharap semua ketua jabatan perlu memainkan peranan aktif dalam menggalakkan pegawai dan kakitangan terlibat dalam sumbangan wakaf tunai melalui potongan gaji.

“Salurkan maklumat secara jelas mengenai peranan dan kepentingan berwakaf agar penjawat awam lebih jelas mengenai potongan gaji yang mereka lakukan,” jelasnya.

Adnan berkata, salah faham mengenai wakaf hanya untuk umat Islam dan hanya memberi manfaat kepada golongan itu sahaja harus diperbetulkan kerana konsep wakaf adalah untuk kesejahteraan umat manusia secara keseluruhan. – EDISI 9

Baca juga:   19,268 kes harian baharu, 95 kes kategori 5

Terkini

Vaksinasi: Setuju dos ketiga, keutamaan kumpulan berisiko tinggi

CYBERJAYA – Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin Covid-19 bagi meningkatkan perlindungan kepada golongan rentan daripada risiko...

Lagi Artikel Berkaitan