27.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

8 mangsa maut dalam tangki septik penjara

Mesti Baca

ALGIERS – Seramai lapan mangsa maut akibat sesak nafas dalam tangki septik di Penjara Oued Ghir, Bejaia, Algeria semalam.

Memetik laporan AFP, mangsa terdiri daripada tujuh pengawal penjara dan seorang banduan.

Kejadian disahkan oleh Menteri Keadilan Algeria, Belkacem Zeghmati.

“Punca insiden itu akan diketahui selepas siasatan awal selesai dijalankan,” kata Zeghmati seperti yang dipetik agensi berita APS.

Beliau melawat lokasi kejadian bersama Menteri Dalam Negeri, Kamel Beldjoud, semalam.

Kesemua mangsa memasuki tangki septik di penjara berkenaan untuk melakukan kerja pembersihan.

Ketua Pertahanan Awam Bejaia, Nourredine Fedi berkata, lelaki terbabit maut selepas terhidu gas beracun, hidrogen sulfida.

Beliau memberitahu, anggota pertahanan awam telah membersihkan tangki terbabit sebelum mengeluarkan mayat mangsa.

Mayat semua mangsa seterusnya dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

Penjara Oued Ghir mula dibuka pada 2010 dan berupaya menampung seramai 1,000 banduan.

Pada masa itu, pihak berkuasa menyatakan, penjara tersebut menepati semua piawaian moden. – Agensi

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan