24.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 19, 2021

Jangan hentikan amalan kerja dari rumah – CUEPACS

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berpendapat amalan bekerja dari rumah (BDR) masih lagi perlu dilaksanakan serta diamalkan oleh semua majikan termasuk sektor swasta dan awam.

Presidennya, Adnan Mat berkata, langkah itu membantu mengekang penularan wabak COVID-19.

“Seperti yang kita sedia maklum kes COVID-19 masih lagi mencatatkan empat angka dan proses melawan wabak berkenaan melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan masih lagi di peringkat fasa pertama.

“CUEPACS melihat langkah BDR ini adalah amat penting sebelum negara benar-benar pulih atau mencapai imuniti berkelompok.

“BDR telah mula menjadi norma dalam perkhidmatan awam dan amalan tersebut masih lagi membolehkan sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat terus beroperasi seperti biasa,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

GCR MBK
ADNAN MAT

Menurut beliau, pelaksanaan kali pertama BDR apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan bermula 18 Mac 2020 memberi tempoh mencukupi untuk perkhidmatan awam membuat beberapa pengubahsuaian terhadap cara bekerja di luar pejabat.

Adnan memberitahu, apa yang penting sekarang adalah BDR dilaksanakan bagi mengekang penularan COVID-19 dan kewujudan kluster baharu di persekitaran kerja.

Baca juga:   PEMULIH inisiatif dengar denyut nadi rakyat - CUEPACS

“Amalan BDR juga membolehkan produktiviti dapat dioptimumkan sebaik mungkin berbanding risiko tercetusnya kluster di tempat kerja yang boleh mengakibatkan keseluruhan operasi kerja terpaksa ditutup sepenuhnya,” jelasnya.

Beliau menambah, kerajaan tidak pernah membatalkan arahan bekerja daripada rumah (BDR) sebaliknya hanya memansuhkan arahan 30 peratus bekerja di pejabat untuk kumpulan pengurusan serta penyelia di beberapa sektor swasta sebelum ini.

Baca juga:   Harga RON97 turun 2 sen, RON95 dan diesel kekal

Adnan berkata, bagi perkhidmatan awam pula, kehadiran adalah berdasarkan pekeliling atau arahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Sehingga kini JPA tidak pernah megeluarkan arahan untuk memansuhkan BDR bahkan telah memperkasakan amalan tersebut melalui Pekeliling Perkhidmatan Mengenai Dasar Bekerja Dari Rumah yang telah dikeluarkan oleh kerajaan pada Disember tahun lalu,” ujarnya.

Beliau berkata, CUEPACS menasihatkan majikan di sektor swasta tidak terburu-buru memulakan operasi pada kapasiti 100 peratus walaupun kebenaran telah diberikan oleh kerajaan.

Adnan memberitahu, segala pertimbangan perlu diberikan perhatian terutama daripada sudut kemampuan untuk mematuhi SOP.

“Sebelum ini segala SOP yang ditetapkan dilihat gagal dipatuhi sehingga mengakibatkan tercetusnya kluster di tempat kerja.

“Begitu juga di sektor awam, setiap ketua jabatan perlu menguruskan operasi dan sumber manusia dengan sebaiknya,” katanya.

Beliau berkata, penggunaan tenaga yang optimum di pejabat tanpa kehadiran penuh sudah pasti tidak akan menjejaskan operasi perkhidmatan awam selain mampu mengelakkan risiko jangkitan.

“Amalan BDR tidak akan mengganggu sistem penyampaian perkhidmatan awam sekiranya ia disusun dengan sebaik mungkin.

“CUEPACS berpendapat amalan BDR ini wajar diteruskan sehingga negara benar-benar bebas daripada penularan COVID-19,” jelasnya.

Baca juga:   17,105 kes baharu harian COVID-19, kanak-kanak lelaki cetus kluster baharu

Menurut Adnan, implikasi pembatalan BDR cukup besar dan tidak dapat dijangka memandangkan kes jangkitan COVID-19 masih lagi tinggi.

“Kita tidak boleh mengambil risiko walaupun dengan kehadiran vaksin kerana jumlah mereka yang menerima suntikan tersebut masih lagi rendah,” ujarnya. – EDISI 9

Baca juga:   Kerajaan, ibu bapa penentu kejayaan sistem pendidikan

Terkini

Persatuan veteran komando terima sumbangan van jenazah

SUNGAI PETANI - Hasrat Persatuan Veteran Komando Markas 6 Briged, Kem Sungai Layar, di sini untuk memiliki van jenazah...

Lagi Artikel Berkaitan