25 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 1, 2022

Tanpa menteri UMNO, Kabinet PN sukar berfungsi

Mesti Baca

Editor
Editor Edisi 9

Oleh WAK TOTOK

RAMAI ahli UMNO akar umbi yang kecewa dengan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa semua menteri dan timbalan menteri dari parti itu terus kekal bersama kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Mereka menganggap tindakan itu bertentangan dengan persetujuan sebulat suara yang diberikan oleh perwakilan pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 agar semua pemimpin UMNO menarik diri dari Kabinet.

Lebih-lebih lagi apabila sebahagian besar daripada mereka menyangka pertemuan menteri-menteri UMNO dengan Muhyiddin semalam adalah bagi menyatakan pendirian yang seiring dengan kehendak akar umbi.

Ternyata sangkaan mereka meleset sama sekali kerana apa yang diharapkan tidak menjadi.

Namun, Wak melihat pengumuman Muhyiddin itu dari sudut yang positif. Tiada apa yang perlu dikesalkan.

Secara tidak langsung, terbukti menteri dan timbalan menteri UMNO memainkan peranan yang penting dalam kerajaan PN yang diketuai oleh Muhyiddin selaku Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Sebagai contoh, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertanggungjawab dalam hal ehwal berkaitan keselamatan khususnya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan pandemik COVID-19.

menteri UMNO
Ismail Sabri Yaakob merupakan menteri yang telah melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan cemerlang.

Begitu juga dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba yang gigih bekerja di sebalik tabir bagi memastikan kementeriannya beroperasi secara optimum.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein selaku Menteri Luar pula mempunyai hubungan yang baik dengan ramai pemimpin dunia sehingga diberi kepercayaan untuk bersama Muhyiddin ke Arab Saudi baru-baru ini.

Baca juga:   PH jangan terlalu yakin wakil partinya jadi PM
Baca juga:   Ismail Sabri rela jadi pendamai, elak 'berkelahi di tepi laman'

Begitu juga dengan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah serta Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Selain itu, lima timbalan menteri UMNO pula menjalankan tugas dengan baik terutamanya ketika menjawab isu-isu yang dibangkitkan dalam sidang Parlimen bagi pihak bos-bos mereka yang juga pemimpin-pemimpin kanan PPBM.

Mereka ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mastura Yazid; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said; Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin; Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah dan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Abdul Rahman Mohamad.

Jika mereka meletak jawatan secara berjemaah, siapa lagi yang boleh diharapkan untuk menggantikan tempat mereka?

Mampukah Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Kamal menanggung beban tugas mengepalai kementerian yang penting dalam membangunkan jati diri generasi muda itu?

Memang ramai timbalan menteri dari parti-parti selain UMNO, tetapi selama ini, tidak dapat dilihat dengan jelas peranan mereka dalam kementerian masing-masing.

Malah, ada rakyat yang tidak tahu segelintir daripada mereka merupakan timbalan menteri dalam Kabinet PN.

Kebanyakannya suka buat kerja secara senyap-senyap sehingga menyebabkan majoriti rakyat Malaysia tidak tahu bahawa mereka sebenarnya menyandang jawatan timbalan menteri.

Baca juga:   Pencarum LTAT dibenar buat dua jenis pengeluaran

Kepada ahli-ahli UMNO yang lebih tiga juta orang di seluruh negara, Wak nasihatkan tak payahlah sentap sangat.

Bukan senang parti lain mengiktiraf kewibawaan pemimpin-pemimpin UMNO dalam memastikan urusan pentadbiran kerajaan berjalan lancar.

Baca juga:   Minyak masak 5kg naik harga, Zahid minta KPDNHEP bertindak

Semua mereka (kecuali nama beberapa menteri UMNO yang Wak tak sebut) sememangnya ikhlas bekerja untuk rakyat.

Lagipun, mereka hanya bersama kerajaan PN selagi Parlimen belum dibubarkan.

Selepas itu, Wak percaya mereka pasti akan angkat kaki kecuali seketul dua yang semangat UMNO dalam jiwanya sudah mati.

  • Wak Totok ialah seorang pemerhati politik semasa yang teguh memperjuangkan alif, ba, ta sejak dulu kini dan selama-lamanya.
  • Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Terkini

MKT UMNO putuskan PRU-15 mesti diadakan tahun ini

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini memutuskan agar pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pilihan...

Lagi Artikel Berkaitan