34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Hubungan UMNO-Pas masih baik, kata Ismail Sabri

Mesti Baca


CYBERJAYA – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hubungan parti itu dengan Pas masih baik sama ada di peringkat akar umbi mahupun pimpinan tertinggi.

Katanya, semua berjalan seperti biasa biarpun Pas telah membuat kesepakatan dengan Bersatu untuk bekerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15.

Kerjasama (dengan Pas) berjalan seperti biasa di peringkat cawangan, bahagian. Saya percaya bulan Ramadan ini akan ada banyak program bersama, program keagamaan.

“Program telah ditetapkan dan saya percaya ia akan diteruskan. Sebenarnya, hubungan akar umbi dan peringkat tertinggi pun masih seperti dulu. Tiada isu,” katanya.

Seperti dilapor Astro Awani, beliau yang juga Menteri Kanan Pertahanan berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang Kementerian Pertahanan Tahun 2021 di sini hari ini.

Menurut Ismail Sabri, kedua-dua UMNO dan Pas dijangka mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat.

“Biasanya setiap dua minggu sekali kita akan adakan mesyuarat bersama, iaitu UMNO dan Pas. Mungkin selepas ini kita akan bincang dan bawa perkara berkaitan hubungan ini.

Advertisements

“Tetapi setakat ini, usul keempat atau kelima dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini adalah perkukuhkan kerjasama dengan Pas dalam MN,” ujarnya.

Hubungan UMNO dan Pas khususnya dalam Muafakat Nasional menjadi persoalan apabila pada Rabu, Pas dan Bersatu bersetuju untuk memperkukuhkan kerjasama bagi menghadapi PRU-15.

Mengenai kedudukan menteri UMNO dalam Kabinet, Ismail Sabri Yaakob menegaskan, tiada arahan khusus untuk mereka meletakkan jawatan dalam kerajaan PN.

Tegas beliau, apa yang disebut dalam perhimpunan agung parti itu baru-baru ini hanyalah menyokong keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) sebelum itu.

“Sebenarnya tiada keputusan dalam perhimpunan agung yang mengarahkan menteri-menteri, menteri besar, timbalan menteri untuk tarik diri, tidak ada. Ini kerana dalam PAU, usul diluluskan adalah usul yang menyokong keputusan MKT iaitu kita kekal dalam kerajaan sehingga Parlimen dibubarkan. Itulah usul yang diterima,” katanya.

Menteri daripada UMNO sebelum ini memutuskan untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara sehingga Parlimen dibubarkan selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Isnin lalu.

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan