24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

UMNO pilih calon PM, TPM Jun ini melalui pemilihan parti – Annuar

Mesti Baca


CYBERJAYA – Ketika beberapa pemimpin UMNO mendesak supaya parti tidak menangguhkan pemilihan pada tahun ini, bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa menarik perhatian apabila menyatakan calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri daripada parti itu akan diputuskan sekitar Jun ini menerusi pemilihan oleh ahli UMNO sendiri.

Katanya, UMNO akan memilih seorang Presiden dan seorang Timbalan Presiden yg mempunyai segala sifat dan kelayakan yang sesuai memikul tugas sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri bila tiba masanya.

“Ramai yang tidak putus-putus bertanya siapa calon Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri daripada UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Saya lihat ini secara positif. Ertinya ramai yg masih melihat UMNO antara parti yang perlu menampilkan calon pemimpin utama negara. Suka saya nyatakan UMNO ada caranya sendiri. Usah terlalu khuatir,” katanya dalam catatan melalui Facebook beliau.

Desakan untuk UMNO mengadakan pemilihan semakin meningkat dalam kalangan pemimpin itu bagi membolehkan UMNO turun gelanggang pilihan raya dengan barisan kepemimpinan yang benar-benar mantap tanpa ada masalah.

Advertisements

Semalam, Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin mendesak supaya pemilihan UMNO diadakan dan menegaskan kalaupun ditangguh atas alasan mengelakkan perpecahan menjelang pilihan raya, ia tidak memberi apa kesan kepada parti itu.

Beliau mengambil contoh apa yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 apabila UMNO menangguh pemilihan tetapi tetap tumbang dalam pilihan raya berkenaan.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan pula sebelum ini berkata, jika pilihan raya umum tidak ada diadakan pada tahun ini, pemilihan UMNO akan dilaksanakan.

Annuar berkata, UMNO adalah parti yang mempunyai tradisi dan Perlembagaan sendiri yang menetapkan tempoh memegang jawatan dihadkan kepada tiga tahun sahaja.

“Pemilihan yang lalu pada 30 Jun 2018. Tamat tempoh 3 tahun pada Jun 2021. Sebagai parti yang kuat berpegang kepada peraturan,dan amat kuat bergantung pada suara akar umbi,kita tidak teragak agak untuk menyerahkan semula kepada akar umbi menentukan kepimpinan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan