32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

4 lelaki terima padah cuba sogok polis RM30,000

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Seramai empat lelaki rakyat tempatan ditahan awal pagi semalam kerana cuba menyogok RM30,000 kepada polis bagi membebaskan rakan-rakan mereka yang ditangkap atas kesalahan perjudian haram.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 3 pagi di sebuah pangsapuri di Jalan Changkat Perak, Kuala Lumpur.

Menurut beliau, sebelum cubaan rasuah berlaku, polis telah menyerbu pangsapuri berkenaan dan menahan seramai lapan orang yang didapati terlibat dalam perjudian.

“Mereka terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita rakyat tempatan serta lima lelaki warga China, berumur antara 27 hingga 32 tahun.

“Hasil pemeriksaan di dalam bilik rumah tersebut telah merampas 108 daun terup, tiga keping kertas catitan angka perjudian, kad akses, kad SIM dan wang tunai berjumlah RM1,213,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mohamad Zainal menambah, semasa serbuan dilakukan, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi telah didatangi oleh empat individu.

Beliau memberitahu, mereka terdiri daripada dua lelaki warga China dan dua lelaki rakyat tempatan berumur antara 25 hingga 29 tahun.

“Mereka memperkenalkan diri sebagai rakan kepada tangkapan yang dilakukan.

“Suspek memberitahu, tujuan kehadiran adalah untuk menawarkan wang sebanyak RM30,000 bagi membebaskan kesemua lapan orang tangkapan,” jelasnya.

Advertisements

Mohamad Zainal berkata, pasukan JSJ IPD Dang Wangi telah menolak tawaran berkenaan dan memberikan amaran kepada suspek agar tidak mengganggu tugas serbuan yang dilakukan.

“Sebaliknya, suspek terus menawarkan wang bagi membebaskan kesemua tangkapan.

“Pasukan JSJ IPD Dang Wangi kemudiannya terys menangkap kesemua empat orang suspek yang menawarkan sogokan wang dan merampas wang berjumlah RM30,000 di dalam beg kertas dan beg silang,” katanya.

Beliau menjelaskan, siasatan cuba merasuah polis akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan selanjutnya.

Dalam perkembantan berkaitan, Mohamad Zainal memberitahu, pasukan JSJ IPD Dang Wangi seterusnya melakukan serbuan di sebuah unit kediaman lain kira-kira pukul 4 pagi.

Menurut beliau, dalam serbuan itu, polis telah menahan seramai empat lelaki warga China berumur antara 26 hingga 27 tahun.

“Polis telah merampas sebanyak 10 telefon bimbit pelbagai jenama, empat kad SIM dan wang tunai berjumlah RM3,311,” jelasnya.

Mohamad Zainal memberitahu, seramai 12 suspek yang ditahan dalam dua serbuan itu disiasat di bawah Seksyen 4 (1) (g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289) dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155). – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan