31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Sesi persekolahan secara bersemuka sudah bermula

Mesti Baca

Mohd Naim Aziz
Mohd Naim Aziz
Jurufoto Sambilan Edisi 9

CYBERJAYA – Hari pertama sesi persekolahan tahun ini yang dilaksanakan dalam dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyaksikan kanak-kanak prasekolah serta murid-murid tahun satu dan tahun dua mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka.

Tinjauan Edisi 9 di Sekolah Kebangsaan Desa Aman (SEDESA), Sungai Buloh, Selangor mendapati rata-rata ibu bapa berpuas hati dengan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang dilakukan oleh pihak sekolah.

persekolahan
IBU bapa menghantar anak- anak semasa sesi hari pertama persekolahan dalam tempoh PKP di SK Desa Aman Sungai Buloh. Foto: EDISI 9 / MOHD NAIM AZIZ

Ramai dalam kalangan ibu bapa berasa lega apabila Kementerian Pendidikan membuka kembali sesi persekolahan secara bersemuka selepas tempoh Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan sejak 20 Januari lalu.

Seorang bapa, Mohd Fauzi Kamar berkata, beliau berasa lega kerana sistem PdPR ini banyak kesulitan yang dihadapi di samping kekangan masa untuk memerhatikan tingkah laku anak-anak semasa mengikuti kaedah pembelajaran dalam talian.

“Saya amat berterima kasih kepada Kementerian Pendidikan kerana berani membuat keputusan untuk membuka semula sesi persekolahan secara bersemuka agar pendidikan anak- anak tidak tercicir lebih-lebih lagi dalam era pandemik COVID-19 ini.

persekolahan
Mohd Fauzi Kamar mempersiapkan anaknya sebelum menunggu van sekolah di hadapan rumahnya di Desa Coalfileds Sungai Buloh pagi tadi. Foto: EDISI 9 / MOHD NAIM AZIZ

“Lagipun saya pasti guru-guru sudah bersedia untuk melakukan perubahan dalam norma baharu mengikut garis panduan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya ketika ditemui Edisi 9 di hadapan kediamannya sebelum menghantar anaknya ke sekolah.

sekolah
HARI pertama sesi persekolahan untuk murid tahun satu di SK Desa Aman Sungai Buloh. Foto: EDISI 9 / MOHD NAIM AZIZ

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin dalam sidang media pada 19 Februari lalu mengumumkan pembukaan semula sekolah dalam dua fasa di mana sekolah kebangsaan akan dibuka bermula hari ini melibatkan murid-murid tahun satu dan dua serta kanak-kanak prasekolah.

Manakala, murid tahun tiga, empat, lima dan enam pula akan hadir ke sekolah bermula pada 8 Mac 2021. – EDISI 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan