Sunday, June 14, 2026

Permaisuri Agong terseliuh kaki ketika bermain golf

Mesti Baca

CYBERJAYA – Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini mengalami kecederaan pada bahagian kaki sehingga bengkak ketika bermain golf.

Bernama melaporkan, Tunku Azizah, yang berkongsi perihal insiden itu di laman Instagram, memaklumkan baginda akan menjalani pemeriksaan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) pada Selasa.

“Pagi tadi saya main golf, tidak perasan lubang sprinkler (pemercik air) dan saya jatuh, terseliuh kaki kiri. Alhamdulillah hanya bengkak. Syukur ankle (pergelangan kaki) tidak patah, hanya sakit biasa,” titah Tunku Azizah di laman Instagram baginda.

Seri Paduka turut memuat naik gambar kaki kiri baginda yang berbalut selepas menerima rawatan.

Tunku Azizah turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatan baginda.

Kaki kiri Tunku Azizah Maimunah yang berbalut kerana terseliuh ketika bermain golf. – Sumber: IG Tunku Azizah

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan