32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Komponen kren jatuh, 3 pekerja projek SUKE maut

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Tiga pekerja pembinaan maut manakala seorang pengguna jalan raya cedera dalam insiden komponen kren gantri terjatuh di tapak projek Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Jalan Alam Damai, awal pagi tadi.

Pemaju projek SUKE, Projek Lintasan Sungai Besi – Ulu Klang Sdn Bhd (Prolintas) mengesahkan kejadian tersebut dalam kenyataan media, hari ini.

maut
Insiden difahamkan berlaku apabila salah satu komponen kren gantri terjatuh. – Gambar: Media sosial

Ketiga-tiga pekerja pembinaan yang maut adalah warga China.

“Kejadian difahamkan berlaku apabila salah satu dari komponen kren gantri terjatuh dan punca kejadian masih lagi dalam siasatan.

“Susulan kejadian tersebut, pasukan ‘Emergency Response Team’ SUKE bersama anggota bomba telah menutup laluan trafik di kedua-dua hala dan kerja-kerja menyelamat mangsa sedang dijalankan,” jelas Prolintas.

Terdahulu, pada 4 Mac lalu, dua wanita berusia 40-an disahkan meninggal dunia dalam kejadian runtuhan jambatan SUKE berhampiran Desa Tun Razak menghala ke Ampang.

Kedua-dua mereka terperangkap di dalam van kilang yang dihempap runtuhan struktur binaan lebuh raya tersebut bersama tiga mangsa yang lain.

Sebelum itu, pada 19 September lalu, seorang wanita berhadapan detik cemas apabila kereta yang dipandunya ditimpa batu konkrit dipercayai dari projek pembinaan SUKE).

Kejadian berlaku di Lebuh Raya Lingkatan Tengah 2 (MRR2) berhampiran Terminal Bersepadu Selatan (TBS) menghala Ampang menyebabkan wanita terbabit cedera pada bahagian tangan dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan.

Kereta Proton Saga FLX yang dipandu wanita yang belum itu remuk pada bahagian bumbung selepas ditimpa kepingan konkrit berukuran satu meter yang jatuh dari ketinggian kira-kira 10 meter.

Mangsa bagaimanapun berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam yang berada di tempat kejadian sebelum dihantar ke PPUKM.

Susulan kejadian tersebut, kontraktor utama dan subkontraktor projek SUKE dikenakan denda sebanyak RM180,000 kerana gagal memastikan keselamatan di tapak binaan lebuh raya itu.

Diharap pihak kontraktor mempertingkatkan tahap keselamatan di kawasan pembinaan bagi mengelakkan insiden tidak diingini berulang lagi khususnya terhadap pengguna jalan raya. – EDISI 9

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH/BN wakili kerajaan perpaduan

CALON Pakatan Harapan/Barisan Nasional (PH/BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu akan mewakili...

Lagi Artikel Berkaitan