28.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 29, 2022

Empat sekeluarga maut Myvi bertembung treler

Mesti Baca

Muhammad Muzamil
Wartawan Edisi 9


CYBERJAYA – Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak maut selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler membawa muatan kereta di Kilometer 4, Jalan Bentong-Raub, di Bentong kira-kira 195 kilometer dari Kuantan, awal pagi tadi.

Bernama melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh dalam kejadian pada 4.10 pagi itu, mangsa yang maut di tempat kejadian ialah pemandu kereta Marlianna Abdul Muid, 37, dan adiknya Marlia, 36, akibat tersepit dan mengalami kecederaan parah di kepala.

Sementara dua mangsa kanak-kanak dikenali sebagai Muhammad Aisy Harraz Aziz, tujuh tahun dan anak Marlia, Muhammad Faizz Aryan Mohd Faizuddin, sembilan tahun berada di bahagian penumpang belakang kereta itu, disahkan meninggal dunia di Hospital Bentong, kira-kira 6.30 pagi tadi, katanya. Kesemua mangsa beralamat di Banting, Selangor.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Marlianna dari arah Kota Bharu, Kelantan ke Selangor cuba memotong kenderaan di hadapannya, namun tidak berjaya sebelum bertembung dengan treler dari arah bertentangan.

“Pertembungan itu mengakibatkan pemandu dan penumpang hadapan tersepit dan kereta mangsa remuk pada bahagian hadapan menyebabkan bantuan bomba diperlukan bagi mengeluarkan mangsa,” katanya dalam kenyataan.

Baca juga:   Sajak Najib kepada rakyat, penyokong setianya

Kamarulzaman berkata pemandu treler yang berusia 42 tahun, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan walaupun bahagian hadapan trelernya itu turut rosak.

Baca juga:   Sajak Najib kepada rakyat, penyokong setianya

Kesemua mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terkini

PM ambil serius isu pemerdagangan rakyat Malaysia

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob mengambil serius isu pemerdagangan manusia melibatkan rakyat Malaysia di luar negara. Perdana Menteri berkata, perkara...

Lagi Artikel Berkaitan