32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Zahid cabar letak jawatan… Ini jawapan Annuar

Mesti Baca

CYBERJAYA – Semua orang tahu individu mana yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi apabila Presiden UMNO itu mencabar seorang menteri daripada UMNO meletakkan jawatan dalam Kabinet.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu melabelkan pemimpin tersebut sebagai makhluk perosak dan menikam UMNO dari belakang ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO semalam.

Persoalannya wajarkah Ahmad Zahid bertindak mencabar seseorang di atas pentas perhimpunan seumpama itu?

Sebagai Presiden bukankah beliau mempunyai saluran lain untuk mengambil tindakan disiplin ke atas individu berkenaan jika benar apa yang beliau dakwa?

Justeru dalam reaksinya, Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa – individu yang dimaksudkan Ahmd Zahid – menyifatkan tidak wajar mencabar sesiapa dalam UMNO untuk meletakkan jawatan.

Walaupun Ahmad Zahid tidak sebarang nama, Annuar dalam satu wawancara yang disiarkan di Facebooknya berkata kenyataan itu jelas ditujukan kepada beliau.

“Saya jujur, saya kata tidak wajar presiden mencabar sesiapa. Kalau kita galakkan budaya cabar-mencabar dalam parti, apa kata kalau orang lain pula cabar presiden?” soalnya.

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkata, beliau sebelum ini tidak bersetuju Ahmad Zahid dicabar meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO setelah diheret ke mahkamah.

Advertisements

“Saya tampil, dalam masa seminggu lepas saya dipecat (sebagai Setiausaha Agung BN), saya buat pendirian tidak setuju menekan presiden untuk letak jawatan. Kita kena tanam hormat pada institusi presiden, bukan batang tubuh Presiden. Institusi Presiden kata Perlembagaan mesti dipilih oleh ahli dan berkhidmat untuk tempoh tiga tahun.

“Yang bermasalah itu mungkin body presiden. Kalau kita suruh Presiden berhenti sebelum tempoh habis, apa lagi tahun ini tahun terakhir, kita tidak menghormati institusi Presiden,” kata Annuar.

Beliau berkata, kritikan terhadap batang tubuh Presiden itu tidak seharusnya dilihat sebagai usaha ‘menikam’ UMNO.

“Tak setia pada parti berbeza, tak setia pada individu berbeza. Bukan bermakna setia pada parti mesti semua ikut individu. Tidak. Kalau begitu, demokrasi akan mati dalam parti kita.

“Kita dah kata akan kekal dalam kerajaan sehingga PRU, maka menteri-menteri kekallah di situ. Kenapa pula nak cabar menteri suruh berhenti?” katanya.

Annuar dalam pada itu memuji ucapan penggulungan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan, yang disifatkan berbeza dengan ucapan penggulungan presiden.

“Tapi Tok Mat mesej sampai. Apa lagi disebut Tok Mat? Kalau betul nak tetap tarikh (putus kerjasama dengan Bersatu), bagus. Tapi sampai tarikh (jangan pula) silat pulut. Saya tengok cara penggulungan begitu walaupun nampak bersahaja, pendek.

“Satu penggulungan lagi saya nampak, orang nampak macam angry man. Saya jarang nampak di PAU orang bantai kawan sendiri, dengan isteri jangan marah lebih, nanti rujuk balik,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan