25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, January 13, 2025

Langgar juga boleh bermaksud surau, kubur

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

Oleh AMREE AHMAD

SELAMA ini, mungkin ramai dari kalangan kita apabila disebut sahaja perkataan langgar akan segera merujuk kepada perbuatan atau hal merempuh seseorang atau sesuatu benda.

Namun, tentu ramai terkejut apabila perkataan tersebut sebenarnya mempunyai tiga lagi makna yang berbeza dan tidak terlintas di fikiran kita termasuk penutur asli bahasa Melayu.

Begitulah reaksi luar biasa ramai warganet tempatan yang bukan sahaja terperanjat malah ada teruja apabila mengetahui perkataan itu tidak sekadar kelaziman difahami selama ini.

Menerusi hantaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dimuat naik melalui akaun sosial agensi itu baru-baru ini, langgar juga bermaksud surau atau musolla atau ruang solat kecil.

Selain itu, dalam bahasa Melayu klasik, barang kali tidak ramai pernah dengar bahawa langgar juga membawa pengertian kawasan perkuburan kerabat diraja atau orang besar.

Advertisements

Sementara dalam dialek masyarakat Kedayan dan Brunei termasuk di Labuan, sebahagian Sabah dan Sarawak, langgar bererti bahagian rumah yang menganjur dari bahagian tengah.

Keadaan tersebut menurut hantaran DBP itu membentuk huruf T jika dilihat dari arah angkasa dan perkataan berkenaan turut bermaksud tempat untuk penerimaan tetamu yang datang.

Kesemua empat sinonim itu turut terdapat di halaman 1,238 Kamus Dewan Perdana yang baru diterbitkan DBP pada tahun lalu sebagai buku tesaurus bahasa Melayu terbesar dunia.

“Banyak makna rupanya perkataan langgar. Baru tahu,” kata netizen Meizura Nora Yunus manakala seorang lagi bernama Fazidah Yusof menulis: “Ilmu baru ni. Terima kasih DBP.”

Sementara warganet dengan nama Fadhil Ismaiyatim berkata, “Pertama kali dengar langgar bermaksud surau” dan disokong netizen Marsya Kamal: “Oh. Langgar sama maksud musolla!” – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Anwar adakan lawatan rasmi ke UAE, tiga negara Eropah 

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berangkat ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi menghadiri Abu Dhabi Sustainability Week (ADSW). Perdana...

Lagi Artikel Berkaitan