24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Datuk Seri cabul anak perempuan sendiri, siapa orangnya?

Mesti Baca

CYBERJAYA – Gelaran Datuk Seri tidak menghalang seorang bapa durjana daripada mencabul anak kandungnya sendiri sejak 10 tahun lalu ketika dia masih berusia 10 tahun.

Lebih mendukacitakan, perbuatan jijik itu diulangi sehingga tahun ini di mana anak perempuannya mencecah usia 20 tahun.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, suspek akan dituduh di Mahkamah Jalan Duta kira-kira pukul 10 pagi pada 23 Mac ini.

Menurut beliau, polis telah menerima laporan daripada seorang wanita rakyat tempatan berumur 20 tahun mendakwa telah dicabul oleh bapak kandungnya sendiri yang bergelar Datuk Seri.

“Kejadian jenayah cabul ini telah berlaku sejak tahun 2010 iaitu 10 tahun yang lalu sehingga awal tahun 2021.

“Pada hari yang sama, kertas siasatan telah dibuka oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur.

“Oleh kerana kes ini telah berlaku dalam jangka masa yang panjang, siasatan yang teliti dan menyeluruh telah dijalankan dan mengambil masa untuk dilengkapkan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Saiful Azly memberitahu, hasil siasatan telah dibawa kepada Timbalan Pendakwa Raya dan beliau memberi arahan kepada polis untuk mengambil beberapa tindakan bagi melengkapkan siasatan.

Beliau memberitahu, pada 25 Februari lalu, polis telah merujuk semula kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya setelah mengambil tindakan yang diarahkan.

Advertisements

“Pada 16 Mac 2021, pihak polis telah menerima arahan untuk pertuduhan yang dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara terhadap suspek di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Saiful Azly turut menafikan bahawa laporan media yang mengatakan pihak pendakwaan dan penyiasatan mengambil masa yang lama untuk menuduh suspek yang berusia 50 tahun itu.

“Begitu juga laporan yang mengatakan Ketua Polis Kuala Lumpur telah merujuk kertas siasatan kepada Peguam Negara sejak 26 Januari 2021 adalah tidak betul,” ujarnya.

Beliau berkata, kertas siasatan kes tersebut perlu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya beberapa kali memandangkan kes telah berlaku sejak 10 tahun yang lalu.

Saiful Azly menambah, kertas siasatan yang lengkap hanya dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan cadangan pertuduhan pada 25 Februari lalu.

“Laporan media berkenaan yang mengatakan pihak pendakwaan dan polis mengambil masa dua bulan mendakwa suspek adalah tidak tepat,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau memberitahu, perintah perlindungan akan dipohon selepas pertuduhan dilaksanakan bagi melindungi mangsa dan adik-beradik daripada sebarang gangguan oleh suspek.

“Sebelum ini, mangsa menolak untuk mendapatkan perintah perlindungan interim kerana ia hanyalah untuk diri mangsa sahaja.

“Mangsa mahukan adik beradiknya turut dilindungi,” jelasnya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan