24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Insentif pemulihan: Agensi pelancongan tarik nafas lega

Mesti Baca

CYBERJAYA – Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH) menarik nafas lega dengan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung insentif bagi memulihkan kembali industri pelancongan di negara ini.

Presiden PAPUH, Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, sejak pandemik Covid-19 melanda setahun lalu, industri pelancongan paling terjejas teruk sejak hari pertama sehingga kini.

Berikut kenyataan penuh Razali berhubung insentif yang diumumkan Perdana Menteri, semalam.

Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH), menarik nafas lega dan berterima kasih dengan pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membantu industri pelancongan negara terutamanya agensi pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

RAZALI MOHD SHAM

Sekalung terima kasih juga kepada MOTAC di bawah pimpinan Datuk Seri Nancy Shukri serta Ketua Setiausahanya, Datuk Dr. Noor Zari Hamat yang bertungkus-lumus membantu kami sebagai agensi pelancongan yang hampir tenggelam akibat Pademik Covid-19.

Industri pelancongan merupakan antara sektor yang terjejas teruk akibat penularan wabak COVID-19 dari hari pertama penulran wabak ini sehingga sekarang.

Dengan keperihatinan kerajaan Malaysia, ahli-ahli kami bersyukur dan berterima kasih terutamanya kepada MOTAC kerana dengan insentif pemulihanm ini dapat mengurangkan sedikit beban yang ditanggung oleh ahli-ahli kami sepanjang
pandemik Covid-19.

Advertisements

Sebagai agensi pelancongan, kerajaan Malaysia telah memberi insentif pemulihan bagi mengurangkan beban kami seperti:

  1. Melanjutkan galakan cukai kepada syarikat pengendali pelancongan sehingga tahun taksiran 2022.
  2. Memperluas skop pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 untuk meliputi perbelanjaan pembelian pakej pelancongan melalui ejen pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC.
  3. Memberi pengecualian levi HRDF bagi syarikat sektor pelancongan yang terjejas untuk tempoh sehingga Jun 2021.
  4. Menyalurkan Geran Bantuan Khas secara one-off sebanyak RM3,000 kepada lebih 5,000 agensi pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC.

Dengan insentif pemulihan ini, PAPUH yakin ini akan dapat membantu ahli-ahli bangun kembali setelah lumpuh akibat Pandemik Covid -19.

Dengan perlepasan khas cukai pendapatan individu sebanyak RM1,000 ini dapat menggalakkan rakyat Malaysia melakukan percutian mereka melalui agensi pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC yang akan mengerakkan kembali rantaian pelancongan seperti hotel, syarikat penerbangan, restoran, taman tema, kedai cenderahati dan lain-lain.

Bagi Geran Bantuan Khas secara one-off sebanyak RM3,000 kepada lebih 5,000 agensi pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC, PAPUH yakin dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu ahli kami untuk membuka kembali perniagaan mereka.

PAPUH berharap agar ahli-ahli dapat menggunakan bantuan ini dengan sebaik mungkin, walaupun bantuan ini nampak kecil sekurang-kurang dapat sedikit sebanyak mengurangkan beban syarikat.

Dengan trend penuranan kes jangkitan harian Covid-19 didalam negara, PAPUH yakin kerajaan Malaysia akan berusaha membuka semula pintu sempadan negara dalam masa yang terdekat ini bagi membolehkan pelancongan asing masuk ke negara ini dan membolehkan rakyat Malaysia mengerjakan ibadah umrah di bulan Ramadan yang akan tiba.

Ini akan dapat memulihkan kembali ekonomi negara dalam sektor pelancongan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan