30.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 26, 2022

PAPUH masih berharap pintu sempadan dibuka

Mesti Baca

Membolehkan rakyat Malaysia menunaikan ibadah umrah di bulan Ramadan

CYBERJAYA – Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (PAPUH) masih menaruh harapan agar kerajaan membuka pintu sempadan dalam masa terdekat.

Presidennya, Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, ini bagi membolehkan rakyat negara ini menunaikan ibadah umrah terutama pada bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.

Beliau berkata, pihaknya yakin ramai kalangan jemaah merindui untuk mengerjakan ibadah umrah sejak pandemik Covid-19 mula melanda dunia sejak awal tahun lalu.

“PAPUH juga berharap agar kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat mempertimbangan pembukaan semula pintu sempadan dalam masa terdekat supaya jemaah umrah Malaysia dapat mengerjakan ibadah umrah pada bulan Ramadhan yang akan tiba tidak
lama lagi.

“Kami yakin rata-rata rakyat Malaysia amat merindui untuk mengerjakan
ibadah umrah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Baca juga:   Bekas ahli politik terbabit sindiket pemerdagangan orang ditahan

Sebelum itu Razali berterima kasih kepada Muhyiddin kerana membenarkan dan mempercepatkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan dilakukan di hospital dan klinik swasta secara percuma.

Beliau berkata, pengumuman itu dapat membantu mempercepatkan pembukaan semula pintu sempadan negara bagi kemasukkan pelancongan ke Malaysia.

Katanya, hal ini sekali gus dapat menghidupkan kembali ekonomi negara melalui industri pelancongan yang telah lama terhenti.

“Ini juga termasuk ahli-ahli kami yang terlibat secara langsung dalam industri umrah dan haji dapat bernafas kembali jika pintu sempadan negara dibuka semula.

Baca juga:   Boikot produk usahawan hina Islam, Nabi Muhammad SAW

“Industri ibadah umrah dan haji telah terhenti hampir setahun akibat pandemik Covid-19,” katanya.

Untuk rekod, kerajaan Arab Saudi telah mewajibkan semua jemaah umrah dan haji mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 sebagai satu syarat.

Jemaah juga diwajibkan mengambil tiga lagi vaksin iaitu Meninggikokal, Influenza dan Influenza yang perlu diambil sebelum berangkat ke tanah suci. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Mohon semua pihak tidak keluarkan kenyataan ganggu gugat

MENTERI Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi memberi amaran kepada semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh...

Lagi Artikel Berkaitan