24.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Dana 1MDB: JSJK Bukit Aman siasat suami Zeti

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengesahkan siasatan masih dijalankan terhadap suami bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berhubung penerimaan dana yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam akaun miliknya di Singapura.

Pengarahnya, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, siasatan terhadap Datuk Dr Tawfiq Ayman dibuat di bawah Seksyen 4 (1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Advertisements

“Memandangkan siasatan kes ini melibatkan keterangan di Malaysia dan juga di luar negara, PDRM sedang mengambil tindakan susulan di bawah Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 bagi mendapatkan keterangan yang berada di luar negara.

“Sehubungan itu, PDRM ingin menasihatkan masyarakat untuk tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi melalui mana-mana platform sehingga siasatan polis selesai dan seterusnya dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan suatu keputusan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan