25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

305 individu dicekup polis ingkar SOP PKP

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Seramai 305 individu ditahan polis di seluruh negara semalam atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 296 orang dikenakan kompaun, lapan orang direman manakala seorang lagi dijamin.

“Antara kesalahan direkodkan adalah gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (100), tidak memakai pelitup muka (80), rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (48), tiada penjarakan fizikal (40), aktiviti pusat hiburan (17), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (5), keluar rumah tanpa alasan munasabah (3) dan lain-lain (12),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Pasukan Petugas Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 71,392 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKP.

Seramai 3,412 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,310 anggota telah membuat pemantauan di 6,206 buah restoran, pasar raya (4,209), bank (3,901), penjaja (2,386), pasar awam/tani (2,568), kilang (1,589) dan pejabat kerajaan (1,078).

Turut dipantau adalah tempat ibadah (3,392), tempat riadah (1,546),terminal pengangkutan darat (1,997), terminal pengangkutan air (307) dan terminal pengangkutan udara (120).

Beliau menambah, pasukan keselamatan telah menahan seramai 12 pendatang asing (PATI) serta merampas dua kenderaan darat dalam Op Benteng di seluruh negara semalam.

Ismail Sabri memberitahu, dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 129 buah bot/kapal di perairan negara melalui lima operasi penglihatan.

“Selain itu, seramai 14 orang PATI turut diusir menerusi dua operasi pengusiran,” jelasnya.

Semalam, Anggota Penguatkuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melakukan 42 pemeriksaan tapak binaan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, kesemua 42 tapak binaan mematuhi SOP.

Secara keseluruhannya, CIDB telah melakukan 15,896 pemeriksaan melibatkan 8,996 tapak binaan sejak 20 April 2020.

Sementara itu, pemantauan serta pemeriksaan oleh penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di peringkat peruncit dan pemborong mendapati bekalan makanan adalah stabil dan mencukupi.

Semalam, KPDNHEP telah membuat 737 pemantauan harian ke atas 11 jenis bekalan barangan terdiri peruncit (543), pemborong (163) dan pengilang (31).

KPDNHEP juga telah melakukan 1,199 pemeriksaan khas pematuhan SOP.

Daripada jumlah itu, 1,193 premis mematuhi SOP manakala enam lagi diberi nasihat. – EDISI 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan