32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 24, 2021

Sidang Parlimen ditangguh hingga 1 Ogos – Takiyuddin

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, jemaah Menteri menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya tidak melaksanakan persidangan Parlimen ketika tempoh darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos depan.

Katanya, Istana Negara menyatakan jika mahu mengadakan persidangan Parlimen, maka perlu adanya keputusan daripada Jemaah Menteri, bukannya Perdana Menteri.

“Jadi, Kabinet apabila membuat nasihat, kenapa kita menangguhkan bukannya menggantung persidangan Parlimen kerana banyak alasan. Ada alasan perundangan dan ada alasan dari segi sains dan data. Kita boleh tangguhkan dahulu persidangan Parlimen,” katanya pada sidang media seperti dilaporkan Free Malaysia Today.

Beliau berkata, kenyataan dibuat Istana Negara sebelum ini adalah untuk menjelaskan bahawa tidak ada persidangan Parlimen.

“Berdasarkan Seksyen 14(1) Ordinan Kuasa-Kuasa Perlu, memang dinyatakan dengan jelas bahawa sidang Parlimen ditiadakan, ia sangat jelas. Dalam tempoh darurat, peruntukan berhubung memanggil, prorog, membubarkan dalam Perlembagaan ini tidak mempunyai kesan.

“Apabila perkara ini dilaksanakan, kenyataan dibuat Istana Negara itu adalah menjelaskan perkara ini, bahawa tidak ada persidangan Parlimen. Namun, mana-mana mesyuarat Parlimen, sesi Parlimen yang hendak dipanggil mestilah berikutan keputusan Jemaah Menteri. Sekarang ini Jemaah Menteri menasihati Agong bahawa tidak ada sidang Parlimen. Itulah keadaan sekarang ini,” katanya.

Baca juga:   Pelajar positif COVID-19, SMK DUHA tutup hingga 29 Okt

Takiyuddin berkata, antara alasan bagi menangguhkan persidangan Parlimen dari aspek perundangan adalah, Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan ketika tempoh darurat, Agong boleh membuat ordinan.

Baca juga:   Pelajar positif COVID-19, SMK DUHA tutup hingga 29 Okt

‘’Apabila Agong sudah boleh buat undang-undang, maka keperluan untuk Parlimen bersidang dan buat undang-undang itu tidak ada. Kedua, kita melihat tumpuan dan fokus kerajaan sekarang ini adalah untuk perangi Covid-19, termasuk Ahli Parlimen itu sendiri, mereka juga petugas barisan hadapan,” katanya.

Beliau juga menjelaskan, penangguhan sidang Parlimen bukanlah kali pertama dilakukan, sebaliknya ia pernah dibuat untuk tempoh dua tahun pada 1969 hingga 1971.

Takiyuddin berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) bukan sahaja mahu membendung penularan wabak Covid-19 dalam kalangan rakyat, sebaliknya turut melindungi 220 Ahli Parlimen.

“Saya hendak nyatakan di Parlimen kita sekarang ini, ini fakta. Di Parlimen Malaysia sekarang ini ada 220 Ahli Parlimen, daripada 220 orang ini, seramai 77 orang Ahli Parlimen adalah individu berumur 61 tahun hingga 69 tahun.

“Daripada 70 tahun hingga 79 tahun pula ada 19 orang, manakala daripada usia 80 tahun ke atas ada seramai empat orang. Jadi, hampir sebahagian Ahli Parlimen kita termasuk dalam kumpulan berisiko. Kita tidak mahu Ahli Parlimen terdedah dengan wabak ini,” katanya.

Takiyuddin berkata, disebabkan itu tidak timbul soal kerajaan PN menggantung Parlimen kerana ia akan kembali bersidang selepas tempoh darurat tamat, sehingga 1 Ogos depan.

Baca juga:   Muhyiddin akan terus ‘diganggu’, bubar Parlimen pilihan terbaik

“Hanya enam bulan 20 hari sahaja tidak ada Parlimen. perdana menteri sudah beri jaminan selepas habis darurat akan dipanggil Parlimen. Semasa Ahli Parlimen tidak bersidang, mereka boleh beri tumpuan untuk perangi Covid-19,” katanya.

Baca juga:   Hanya PRU mampu hentikan politik tidak siuman - Puad Zarkashi

Terkini

37,144 remaja di Johor sudah menerima vaksin

JOHOR BAHRU - Seramai 37,144 remaja sudah menerima sekurang-kurangnya suntikan dos pertama vaksin COVID-19 menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan...

Lagi Artikel Berkaitan