34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

1,743 kes baharu COVID-19, Selangor paling tinggi

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 1,743 kes baharu COVID-19 dicatatkan di seluruh negara hari ini, menjadikan jumlah kumulatif 305,880 sejak pandemik itu mula melanda.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 640 kes (36.7 peratus).

“Daripada jumlah ini, sebanyak 503 kes (78.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Johor sebanyak 376 kes (21.5 peratus) dan Sarawak sebanyak 139 kes (8.0 peratus),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sebanyak 47 kes baharu COVID-19 (2.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Telok Mas (20 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (13 kes), Kluster Damai Pelangi (13 kes), dan Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (1 kes).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan dua kes di Kuala Lumpur, dan masing-masing satu (1) kes di Selangor, Sarawak, Sabah, Johor, dan Kelantan.

Sebanyak enam kes melibatkan warganegara dan satu kes bukan warganegara.

Ringkasan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 3 Mac 2021 (pukul 12:00 tengah hari):

Kes sembuh: 2,276 kes (280,707 kes kumulatif, 91.8 peratus);

Kes baharu COVID-19: 1,745 kes (305,880 kes kumulatif);

Kes import: 2 kes (2 bukan warganegara)

Kes tempatan: 1,743 kes [1,037 warganegara (59.5 peratus); 706 bukan warganegara (40.5 peratus)];

Kes aktif: 24,025 kes;

Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 195 kes;

Kes memerlukan bantuan pernafasan: 95 kes; dan

Kes kematian: 7 kes (1,148 kes kumulatif, 0.38 peratus; 6 warganegara, 1 bukan warganegara).

kes baharu COVID-19

Kes positif 1,745 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 3 Mac 2021 adalah seperti berikut:

Selangor: 640 kes
136 kes baharu COVID-19 daripada kluster-kluster, termasuk 32 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Utarid, Kluster Jalan Anak Gasing, Kluster Tapak Bina Jalan MP, Kluster Balakong Satu, dan Kluster Jalan Perubatan;
367 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Dua (2) kes import dari luar negara; dan
135 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Johor: 376 kes
280 kes baharu COVID-19 daripada kluster-kluster, termasuk 32 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan DPB Lima;
49 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
47 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sarawak: 139 kes
26 kes baharu COVID-19 daripada kluster-kluster sedia ada;
60 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
53 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Perak: 136 kes
133 kes baharu COVID-19 daripada kluster-kluster sedia ada; dan
Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sabah: 95 kes
22 kes baharu COVID-19 daripada kluster-kluster sedia ada;
59 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kuala Lumpur: 92 kes
26 kes baharu COVID-19 daripada kluster-kluster sedia ada;
25 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
41 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Pulau Pinang: 90 kes
Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
54 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
27 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kedah: 40 kes
34 kes daripada kluster-kluster, termasuk 25 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan PKNK 1/6;
Dua (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Melaka: 36 kes
28 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Gedang; dan
Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Pahang: 36 kes
27 kes daripada kluster-kluster, termasuk 26 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sri Jelutung;
Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kelantan: 33 kes
20 kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Bachok;
Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Negeri Sembilan: 24 kes
14 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Sikamat Lama; dan
10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Terengganu: Lima (5) kes
Satu (1) kes daripada kluster sedia ada;
Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Putrajaya: Tiga (3) kes
Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 3 Mac 2021:

Jumlah kluster: 1,163 kluster;

Jumlah kluster baharu: 11 kluster;

Jumlah kluster yang telah tamat: 676 kluster (termasuk 13 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Usaha, Kluster Jalan Timah Dua, Kluster Bukit Sekubong, Kluster Jalan Kinabenua, Kluster Tapak Bina Presint Tujuh, Kluster Jalan Sejahtera, Kluster Jalan Sulaman, Kluster Jalan Menerung, Kluster Tapak Bina Sri Petaling, Kluster Jalan Keluli, Kluster Kebor Air, Kluster Jalan Rantau-Siliau, dan Kluster Seri Lanang);

Jumlah kluster aktif: 487 kluster;

Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini: 74 kluster; dan

Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Batu Empat (198 kes), Kluster Jalan Pelabuhan (128 kes), dan Kluster Jalan DPB Lima (32 kes).

Perincian 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

KLUSTER JALAN PERUBATAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah restoran yang terletak di Jalan Perubatan 2, Pandan Indah, Hulu Langat. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 20 individu telah disaring, di mana 13 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN UTARID
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat dan Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 28 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Utarid U5/15, Shah Alam, Petaling. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 50 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TAPAK BINA JALAN MP
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 1 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan MP, Subang Jaya, Petaling. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 163 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER BALAKONG SATU
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 1 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan KB 1/9, Kampung Baru Balakong, Hulu Langat. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 60 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN ANAK GASING
Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-296200) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat jagaan warga emas yang terletak di Jalan Anak Gasing 6/5, Petaling Jaya. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana 20 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN DPB LIMA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 3 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan DPB/5, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, Johor Bahru. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 196 individu telah disaring, di mana 32 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN SIKAMAT LAMA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-294926) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Februari 2021 hasil saringan pra pembedahan. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pengajian yang terletak di Jalan Sikamat Lama, Seremban. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 31 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN PKNK 1/6
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 22 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan PKNK 1/6, Kawasan Perindustrian Sungai Petani, Kuala Muda. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 547 individu telah disaring, di mana 29 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER KAMPUNG GEDANG
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Alor Gajah dan Melaka Tengah di Melaka, Petaling di Selangor serta Johor Bahru di Johor. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-293609) dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis pengebumian yang berlangsung pada 14 Februari 2021. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes yang dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Gedang, Alor Gajah. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 86 individu telah disaring, di mana 35 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER SRI JELUTUNG
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Pekan di Pahang. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-295943) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Ladang Sri Jelutung, Pekan. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 213 individu telah disaring, di mana 30 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN BACHOK
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-293662) dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Bachok, Bachok. Sehingga 3 Mac 2021, sejumlah 105 individu telah disaring, di mana 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. – EDISI 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan