29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Bantuan bersasar disediakan dalam tempoh terdekat – Muhyiddin

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kerajaan akan menyediakan bantuan secara bersasar dalam tempoh terdekat kepada kumpulan rentan, terutamanya golongan miskin serta mereka yang mengalami kehilangan pendapatan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini termasuk meningkatkan sokongan kepada perniagaan, khususnya perniagaan yang masih tidak dapat beroperasi dan perniagaan yang sedang dalam proses pembukaan semula pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kerajaan akan memberi tumpuan kepada sistem penyampaian awam, terutamanya bagi memastikan bantuan sampai kepada semua yang memerlukan, menyegerakan pelaksanaan projek pembangunan serta mengurangkan karenah birokrasi supaya aktiviti ekonomi kembali rancak sehingga ke peringkat akar umbi dan menggalakkan pelaburan baharu dari dalam dan luar negara.

“Keempat, memberi fokus utama kepada agenda pendigitalan selaras dengan pertumbuhan sumber kekayaan baharu dan transformasi ekonomi negara dalam aktiviti yang berasaskan pengetahuan dan inovasi,” katanya semasa Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin hari ini.

Ucapan Perdana Menteri itu turut disiarkan secara langsung oleh semua stesen televisyen seluruh negara.

Dalam pada itu jelas Muhyiddin, kerajaan antara lain akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital.

Ia akan menyediakan generasi fasih digital yang menguasai pengetahuan dan kemahiran digital serta berupaya menghasilkan inovasi menggunakan teknologi digital.

Katanya ia sekali gus akan melonjakkan kualiti pendidikan negara kita agar menjadi antara yang terbaik di dunia.

Advertisements

“Kedua, meningkatkan kompetensi dan pembangunan profesional pihak berkepentingan berkaitan kepimpinan dan pengintegrasian teknologi digital dalam pendidikan.

“Ketiga, merapatkan jurang digital bagi melahirkan warganegara yang bertanggungjawab dan berfungsi dalam masyarakat berilmu berlandaskan nilai murni (knowledge virtue-based society),” ujarnya.

Sementara itu, Perdana Menteri menggesa penjawat awam memberi tumpuan kepada usaha membantu rakyat dan perkara itu harus menjadi keutamaan dalam waktu sukar ini.

Justeru, beliau berkata, proses penyampaian bantuan kepada rakyat perlu dipercepatkan yang memerlukan komitmen dan kerjasama daripada perkhidmatan awam yang cekap, berintegriti dan prihatin.

“Mereka (rakyat) tidak boleh tunggu lama-lama. Sehari lewat mungkin dapur mereka tidak berasap. Begitu juga permohonan-permohonan daripada peniaga, pengusaha dan pelabur.

“Permudahkan prioses untuk mereka melabur, memula dan memulihkan perniagaan masing-masing,” katanya.

Menyifatkan hubungan kerajaan dan penjawat awam bagai aur dengan tebing, Muhyiddin berkata, hubungan erat itu membolehkan negara mencapai kejayaan demi kejayaan walaupun berde[an dengan rintangan.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan