29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

242 individu ditahan ingkar arahan SOP PKP

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Polis menahan seramai 242 individu di seluruh negara semalam kerana ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah mereka yang ingkar itu, seramai 240 orang dikompaun manakala dua orang lagi direman.

“Antara kesalahan direkodkan adalah gagal menyediakan peralatan/ merekod diri/ pelanggan (88), tidak memakai pelitup muka (66), tiada penjarakan fizikal (46), rentas daerah/ negeri tanpa kebenaran (33), aktiviti pusat hiburan (6), premis beroperasi lebih masa/ tanpa kebenaran (2) dan ingkar arahan PKPD (1),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Pasukan Petugas Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 70,009 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP PKP.

Sebanyak 3,623 Pasukan Pematuhan melibatkan 16,195 anggota telah membuat pemantauan di 6,055 buah restoran, pasar raya (4,706), bank (2,960), penjaja (4,340), pasar awam/ tani (128), kilang (2,453) dan pejabat kerajaan (1,090).

Turut dipantau adalah tempat ibadah (233), tempat riadah (18,660), terminal pengangkutan darat (3,424), terminal pengangkutan air (1,784) dan terminal pengangkutan udara (1,155).

Ismail Sabri memberitahu, pasukan keselamatan telah menangkap 26 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas sebuah bot serta empat kenderaan darat dalam Op Benteng di seluruh negara semalam.

Advertisements

“Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 86 buah bot/ kapal di perairan negara melalui lima aktiviti penglihatan,” jelasnya.

Sementara itu, beliau mengumumkan PKP Diperketatkan (PKPD) di Kampung Sinsingon dan Kampung Lotong, Nabawan, Sabah yang dijadualkan tamat esok dilanjutkan sehingga 26 Mac.

Ismail Sabri menambah, sehingga kini, Kementerian Kesihatan telah melaksanakan 674 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 81 kes positif COVID-19 telah direkodkan.

“Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat sejumlah 322 baki sampel saringan yang sedang menunggu keputusan dan masih terdapat kes positif baharu
dilaporkan dalam kalangan penduduk di lokaliti ini,” ujarnya.

Selain itu, beliau berkata, PKPD di Penempatan Sentosa Timur Fasa 2, Sibu, Sarawak akan tamat esok seperti yang dijadualkan.

“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan telah melaksanakan 1,311 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 13 kes telah dilaporkan.

“Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat penurunan kes, kluster adalah terkawal dan kesemua kes positif serta kontak rapat telah diasingkan,” katanya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan