27.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

6 hari berturut jangkitan baharu bawah 2,000 kes

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Hari ini merupakan hari keenam jangkitan kes positif baharu COVID-19 di negara ini mencatatkan angka di bawah 2,000 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 1,647 kes baharu COVID-19 dikesan hari ini.

Jumlah kes baharu yang dicatatkan bagi lima hari sebelum ini adalah 1,680 kes (6 Mac); 1,683 kes (7 Mac); 1,529 kes (8 Mac); 1,280 kes (9 Mac) dan 1,448 kes (10 Mac).

Pada 5 Mac lalu, sebanyak 2,154 kes jangkitan baharu dicatatkan.

Dr Noor Hisham menambah, Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 712 kes (43.23 peratus).

“Daripada jumlah itu, sebanyak 619 kes (86.94 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Johor sebanyak 170 kes (10.32 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 169 kes (10.26 peratus),” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 11 Mac 2021 (pukul 12 tengah hari):

Kes sembuh: 2,104 kes (300,620 kes kumulatif, 94.1 peratus);

Kes baharu: 1,647 kes (319,364 kes kumulatif);

Kes import: 5 kes (3 warganegara; 2 bukan warganegara)

Kes tempatan: 1,642 kes [1,102 warganegara (67.1 peratus); 540 bukan warganegara (32.9 peratus)];

Kes aktif: 17,544 kes;

Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 147 kes;

Kes memerlukan bantuan pernafasan: 61 kes;dan

Kes kematian: 9 kes (1,200 kes kumulatif, 0.38 peratus; 9 warganegara).

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan empat (4) kes di Selangor, dua (2) kes di Johor, dan masing-masing satu (1) kes di Perak, Kelantan, dan Kuala Lumpur dan kesemuanya melibatkan rakyat tempatan.

hari
hari

Perincian 1,647 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 11 Mac 2021 adalah seperti berikut:

Selangor: 712 kes
141 kes daripada kluster-kluster, termasuk 31 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Kenangan;
478 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Satu (1) kes import dari luar negara; dan
92 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Johor: 170 kes
102 kes daripada kluster-kluster, termasuk 51 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Masyhur Enam dan Kluster Teknologi Tenggara;
30 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Dua (2) kes import dari luar negara; dan
36 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Pulau Pinang: 169 kes
107 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
15 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
47 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sarawak: 168 kes
42 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
94 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Satu (1) kes import dari luar negara; dan
31 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kuala Lumpur: 86 kes
Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
50 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
Satu (1) kes import dari luar negara; dan
28 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Negeri Sembilan: 79 kes
73 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Melaka: 71 kes
68 kes daripada kluster-kluster, termasuk 67 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster DTI Machap Umboo; dan
Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Perak: 69 kes
46 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sabah: 61 kes
Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jambatan Satu Bombalai;
41 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
11 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kelantan: 28 kes
Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
15 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Kedah: 18 kes
Tiga (3) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
10 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Pahang: Tujuh (7) kes
Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
Satu (1) daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Terengganu: Empat (4) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Putrajaya: Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Perlis: Dua (2) kes daripada kluster sedia ada.

Labuan: Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

vaksin

Sebanyak 116 kes (7.0 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster DTI Machap Umboo (67 kes), Kluster Tembok Tapah (38 kes), Kluster Tembok Mempaga (5 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (3 kes), Kluster DTI Persiaran Wawasan (2 kes), dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes).

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 11 Mac 2021:

Jumlah kluster: 1,222 kluster;

Jumlah kluster baharu: 5 kluster;

Jumlah kluster yang telah tamat: 782 kluster (termasuk 14 kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Dialisis Masjid Tanah, Kluster Taman Bukit Petaling, Kluster Yayasan, Kluster Kampung Tanjung Selabu, Kluster Jalan Raja Muar, Kluster Jalan Berhala, Kluster Sri Menanti, Kluster Jalan Pengiran, Kluster Lebuh Karak, Kluster Tapak Bina Jalan Puchong, Kluster Tapak Bina Jalan Chulan, Kluster Sri Muda, Kluster Taman Murni, dan Kluster Taman Ikan Jinak);

Jumlah kluster aktif: 440 kluster;

Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini: 65 kluster; dan

Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Tapak Bina Queens Waterfront (70 Kes), Kluster Industri Sungai Gadut (68 kes), dan Kluster DTI Machap Umboo (67 kes).

Terdapat lima kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini, yang melibatkan tiga kluster berkaitan tempat kerja, serta masing-masing satu kluster berkaitan komuniti dan pusat tahanan.

Perincian lima kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

KLUSTER TAPAK BINA JALAN KENANGAN
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 11 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Kenangan, Pekan Meru KU/8, Klang. Sehingga 11 Mac 2021, sejumlah 121 individu telah disaring, di mana 31 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TEKNOLOGI TENGGARA
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-312773) dilaporkan positif COVID-19 pada 7 Mac 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Kluang, Batu Pahat. Sehingga 11 Mac 2021, sejumlah 146 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN MASYHUR ENAM
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 9 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Masyhur 6, Taman Perindustrian Cemerlang, Ulu Tiram, Johor Bahru. Sehingga 11 Mac 2021, sejumlah 173 individu telah disaring, di mana 52 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER DTI MACHAP UMBOO
Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Alor Gajah di Melaka. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 20 Februari 2021 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal. Kluster ini melibatkan tahanan-tahanan di DTI Machap Umboo yang terletak di Jalan Alor Gajah-Selandar, Kampung Permai, Alor Gajah. Sehingga 11 Mac 2021, sejumlah 530 individu telah disaring, di mana 83 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JAMBATAN SATU BOMBALAI
Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kalabakan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-296950) dilaporkan positif COVID-19 pada 27 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Kampung Jambatan 1, Bombalai, Kalabakan. Sehingga 11 Mac 2021, sejumlah 41 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. – EDISI 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan