26.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 23, 2024

Transformasi digital Petronas guna teknologi BHC3

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Baker Hughes dan C3 AI telah mengumumkan kolaborasi dengan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) untuk menggunakan teknologi BakerHughesC3.ai (BHC3) bagi program transformasi digital syarikat minyak dan gas negara itu.

Sebagai pemegang amanah atau kepada sumber minyak dan gas negara, Petronas telah melancarkan program transformasi digital yang menyeluruh bagi mendapatkan nilai daripada data.

Penggunaan teknologi AI itu merupakan sebahagian daripada program transformasi digital untuk meningkatkan produktiviti, integriti aset, dan keselamatan, serta menekankan komitmen Petronas dalam menyediakan penyelesaian tenaga bersih dan efisien dengan memanfaatkan kuasa teknologi.

Petronas akan bekerjasama dengan pakar teknologi tenaga, sains data dan AI di Baker Hughes dan C3 AI dalam projek yang bertumpuan untuk meningkatkan kebolehpercayaan aset tenaga kritikal.

Dengan menggunakan Microsoft Azure, Petronas akan mengadaptasi aplikasi BHC3 Reliability untuk meningkatkan kecekapan program penyelenggaraan turbin gas dan meningkatkan kebolehpercayaan injap kawalan dengan mengesan sebarang anomali, dan mengelakkan kerosakan.

teknologi

Naib Presiden Kanan Pelaksanaan Projek dan Teknologi Petronas, Samsudin Miskon berkata, bagi memenuhi keperluan tenaga masa kini, Petronas memanfaatkan kuasa digital dan teknologi sebagai pembeza serta data sebagai aset.

“Petronas komited untuk mempercepatkan transformasi digital yang mampu meningkatkan produktiviti, keberkesanan, kebolehlihatan, keselamatan dan prestasi secara menyeluruh.

“Kebijaksanaan jangkaan oleh AI adalah sangat penting untuk memenuhi keperluan ini, dan ia hanya boleh dilaksanakan dengan memanfaatkan penggunaan AI untuk memberikan hasil yang pantas dan bernilai,” katanya dalam kenyataan media.

Advertisements

Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif Serantau, Kerjasama dan Perniagaan Baker Hughes, Uwem Ukpong berkata, program itu meneruskan jalinan erat antara Baker Hughes dan Petronas untuk memacu produktiviti dan efisiensi tenaga yang lebih bersih dan lebih selamat.

“AI memainkan peranan penting dalam program transformasi digital yang menghubungkan keperluan tenaga hari ini dengan peralihan tenaga untuk masa hadapan.

“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Petronas kearah transformasi digital dan menggunakan kuasa AI untuk perniagaan secara menyeluruh,” jelasnya.

Dalam pada itu, Presiden dan Ketua Pegawai Teknologi C3 AI Ed Abbo menjelaskan, pemilihan teknologi BHC3 oleh Petronas daripada Baker Hughes dan C3 AI menunjukkan program transformasi digital yang pantas, ke arah menyampaikan tenaga yang lebih bersih secara strategik.

“Dengan kepakaran teknologi tenaga yang mendalam oleh Baker Hughes, dan teknologi AI C3 AI yang telah dibangunkan sejak 10 tahun lalu, ia mampu membantu para pemimpin untuk mengguna pakai AI sebagai teknologi digital yang boleh mentransformai industri tenaga,” ujarnya.

Presiden Microsoft Asia Pasifik, Andrea Della Matta pula berkata, untuk industri tenaga, masa ini merupakan yang tepat ke arah transformasi.

“Dengan memanfaatkan teknologi awan dan penyelesaian AI, Baker Hughes, C3 AI dan Petronas dapat membantu antara satu sama lain untuk meningkatkan keselamatan pekerja, mengurangkan pelepasan melalui penyelenggaran peralatan, serta sebagai langkah penting kearah peralihan dalam industri tenaga,” jelasnya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan