27.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 6, 2022

Solskjaer yakin Martial kembali ledak banyak gol

Mesti Baca

LONDON – Bos Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer yakin Anthony Martial mampu beroleh kembali prestasinya seperti yang dipamerkan pada musim lalu.

Memetik portal rasmi kelab tersebut, Solskjaer percaya Martial sedang mencuba sedaya upaya untuk mengembalikan sentuhan berbisanya.

“Tidak (saya tidak bimbang tentang prestasinya. Saya tahu Anto sedang bekerja keras untuk cemerlang seperti dahulu. Dan dia akan menjaringkan gol.

“Sikapnya sangat bagus. Prestasi kadang-kadang tidak konsisten tetap dia tetap ada kelas.

“Dia memang ada kelas. Jadi, bila dia bekerja keras, kita tahu dia akan menunjukkan prestasi yang baik akhirnya,” katanya dalam sidang media.

martial
Solskjaer masih berfikiran positif tentang kemampuan Martial. Gambar: Facebook Manchester United

Martial meledakkan dua goal dalam kemenangan bergaya 9-0 menumpaskan Southampton.

Namun, dia gagal menambah jaringan dalam aksi menentang Southampton baru-baru ini.

Jumlah jaringannya musim ini kekal empat gol sahaja.

Dia diletakkan di posisi kiri dengan Edinson Cavani di tengah tetapi ditukar dengan Mason Greenwood pada minit ke-66.

Baca juga:   Varane calon terbaik benteng pertahanan Man United

Musim lalu, Martial berjaya menjaringkan sebanyak 23 gol.

Peminat-peminat Red Devils berhadap dia akan menambah lagi jaringan dalam aksi Liga Europa melawan Real Sociedad di Turin, Itali pada Khamis ini.

Secara keseluruhan, Manchester United beroleh sebanyak 50 gol dalam 24 perlawanan setakat ini.

Kelab tersebut yang sedang menduduki tempat kedua dalam carta Liga Perdana Inggeris mencatatkan 46 mata, sama dengan Leicester di tangga ketiga.

Baca juga:   Varane calon terbaik benteng pertahanan Man United

Dari segi perbezaan gol, Manchester United mempunyai kelebihan yang sangat tipis iaitu 19 gol berbanding 16 gol yang dicatatkan Leicester.

Walaupun Manchester City mencatatkan jaringan 46 gol, benteng pertahanannya yang kukuh menyaksikan hanya 14 kali sahaja gawang mereka ditembusi pihak lawan.

Kelab jiran Manchester United itu kini berada dalam kedudukan yang agak selesa di takhta tertinggi liga dengan 53 mata.

City juga mempunyai baki satu perlawanan lagi untuk menyamai jumlah 24 perlawanan yang telah diharungi oleh tiga pencabar terdekatnya iaitu Manchester United, Leicester dan Liverpool.

Setelah seri dua kali iaitu dengan Everton dan West Bromich Albion sebelum ini, Martial perlu mempamerkan sentuhan ajaibnya bagi memastikan Newcastle pulang dengan tangan kosong Isnin depan.

Wartawan

Terkini

Bantuan Musim Tengkujuh pekebun kecil Risda ditambah baik

KABINET bersetuju meluluskan Penambahbaikan skim Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) untuk pekebun kecil getah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah...

Lagi Artikel Berkaitan