25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, September 30, 2022

Janda muda dakwa mengandung tanpa hubungan seks

Mesti Baca

Editor
Editor Edisi 9

JAKARTA – Polis Indonesia sedang menyiasat dakwaan pelik oleh seorang janda muda di Cianjur, Jawa Barat yang mendakwa dia mengalami keajaiban apabila mengandung tanpa hubungan seks.

Seperti dilaporkan oleh Coconuts Jakarta, wanita berusia 25 tahun ini kini menjadi bahan ejekan penduduk setempat.

Wanita yang berasal dari daerah Cidaun berkata, bayi perempuan itu dilahirkan setelah dia mengalami kebuntingan selama sejam pada petang Rabu lalu.

Siti memberitahu media tempatan bahawa dia sedang bersantai di dalam ruang tamu rumahnya apabila kejadian aneh yang menyebabkan dia mengandung berlaku.

“Selepas solat asar, saya meniarap di anatas lantai, tiba-tiba saya rasa angin masuk melalui alat sulit saya,” katanya pada Jumaat lalu.

Selepas kira-kira 15 minit, Siti berkata dia berasa sakit perut dan perutnya semakin membesar, seolah-olah sedang mengandung.

Janda muda itu kemudiannya melahirkan anak di sebuah klinik kesihatan masyarakat yang berdekatan.

Sebelum itu, kata Siti, dia mengalami haid seperti biasa.

Baca juga:   Komitednya JSPT, kejadian 2018 pun boleh siasat lagi

Selepas berita aneh tersebut tular di seluruh Indonesia sepanjang hujung minggu, pihak berkuasa datang ke rumah Siti untuk melihat dia dan bayinya.

Antara yang hadir ialah ketua daerah Cidaun, Sumardi dan ketua klinik masyarakat Cidaun, Eman Sulaeman.

Eman berkata, Siti mungkin mengalami kejadian mengandung kriptik, satu keadaan di mana si ibu tidak menyedari dia sebenarnya sedang mengandung sehingga tempoh bersalin tiba.

Baca juga:   Zii Jia jadi perhatian lelaki-lelaki Indonesia? Biar betul?

“Selepas saya memeriksa lokasi bersama ketua daerah, ibu dan bayinya dalam keadaan sihat dan proses kelahiran adalah secara normal.

“Jantina bayi itu adalah perempuan dan beratnya 2.9 kilogram,” katanya.

Polis menyatakan Siti telah berpisah dengan suaminya kira-kira empat bulan lalu.

Selain bayi yang baru lahir itu, mereka mempunyai seorang anak.

“Kami mahu memperjelaskan tentang berita yang mengelirukan tentang seorang wanita yang bersalin dan dianggap tidak normal.

“Kami tidak mahu perkara ini mencetuskan gosip dalam kalangan masyarakat,” jelas Sumardi.

Tidak diketahui apa hasil siasatan polis terhadap dakwaan yang dibuat oleh wanita terbabit setakat ini.

Dakwaan itu bukan yang pertama dibuat di Indonesia dalam masa beberapa tahun lalu.

Julai tahun lalu, seorang wanita di Tasikmalaya melahirkan bayi lelaki setelah mendakwa dia mengandung selama hanya sejam.

Pada 2017, seorang wanita yang mengaku masih dara mendakwa dia melahirkan ‘bayi ajaib’ setelah mengandung selama tiga jam.

Baca juga:   Kumpulan pro-Daesh dalang letupan Gereja Sacred Heart

Terkini

Ejen kosmetik diculik ke negara jiran berjaya diselamatkan

SEORANG ejen jualan produk kosmetik yang diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di Tumpat, Kelantan, 13 September...

Lagi Artikel Berkaitan