27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Mayat wanita terapung dalam Tasik Taman Jaya

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Mayat seorang wanita ditemukan terapung di dalam Tasik Taman Jaya di Petaling Jaya, Selangor pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya menerima panggilan telefon daripada orang awam tentang kejadian itu kira-kira pukul 10.09 pagi.

Menurut beliau, berikutan maklumat tersebut, sepasukan polis dari IPD Petaling Jaya bersama bomba dan petugas Pejabat Kesihatan Daerah Kelana Jaya bergegas ke lokasi kejadian.

“Saksi kejadian telah melihat mangsa sedang membuat senaman berdekatan dengan tasik tersebut kira-kira pukul 8 pagi.

Advertisements

“Kira-kira pukul 9 pagi, saksi tersebut telah menjumpai mayat terapung di dalam tasik dipercayai mangsa yang dilihat sejam yang lalu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

mayat wanita
Tiada dokumen pengenalan diri ditemukan pada mayat mangsa.

Nik Ezanee menambah, siasatan lanjut oleh polis tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri pada badan mangsa.

Setakat ini, katanya, tiada elemen jenayah terkesan dalam penemuan mayat wanita berkenaan.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Sultan Nazrin berkenan letak batu asas IPTTI, URCC UPSI

SULTAN Perak, Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Majlis Perletakan Batu Asas bagi Institut Pendidikan Tahfiz dan Turath Islami (IPTTI)...

Lagi Artikel Berkaitan