25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Hadi Awang masuk IJN malam tadi, mengadu sesak nafas

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur kini dalam keadaan stabil.

Perkara tersebut disahkan oleh anaknya, Mohd Khalil melalui hantaran Facebook sebentar tadi.

“Saya baru bercakap dengan ayahanda Tuan Guru sebentar tadi.

“Keadaan beliau stabil dan perlukan rehat.

“Mungkin kepenatan kerana jadual yang padat,” katanya.

Beliau turut mohon doa daripada semua piham semoga Abdul Hadi terus sihat untuk berkhidmat kepada ummah.

Ahli Parlimen Marang itu dimasukkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya ketika pukul 7.50 petang semalam akibat sesak nafas.

Turut mengiringi beliau ialah Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Abdul Hadi dihantar dengan ambulans ke IJN pada pukul 9.25 malam.

Sementara itu, Ketua Penerangan Perikatan Nasional, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menzahirkan rasa prihatin terhadap kesihatan Abdul Hadi yang sedang menjalani rawatan di hospital.

Beliau bersyukur mendapat perkhabaran bahawa Abdul Hadi berada dalam keadaan stabil dan mendapat perkhidmatan rawatan yang terbaik.

Mohamed Azmin juga mendoakan Presiden PAS itu sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT dan dikurniakan kesembuhan yang secepatnya dan diberikan kesihatan untuk memimpin umat.

“Secara peribadi, saya mengenali Tuan Guru sebagai seorang pejuang yang tabah dan murabbi ummah yang tuntas dalam pembangunan umat demi menyemarakkan syiar Islam.

“Peranan beliau dalam pembentukan PN adalah amat signifikan khususnya untuk menggembleng persefahaman bagi menjamin kestabilan politik demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.

Beliau menyeru semua pihak untuk bersama-sama mendoakan kesihatan Abdul Hadi agar kembali pulih untuk meneruskan perjuangan demi kemaslahatan umat. – EDISI 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan