25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Dulu wartawan, sekarang usahawan cuci kereta

Mesti Baca

SEREMBAN – Hanya usahawan yang cekal dan berani sahaja yang sanggup memulakan perniagaan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Salah seorang daripada manusia berjiwa kental kental tersebut ialah usahawan muda yang bernama Syed Ahmad Zulkarnain Syed Ali.

Setelah berbelas tahun berkecimpung dalam dunia kewartawanan bersama akhbar Kosmo! dan Harian Metro, beliau kini mengusahakan sebuah pusat mencuci kenderaan di Ampangan dekat sini.

Orang ramai yang tinggal sekitar bandar ini boleh mengunjungi Syed Car Wash & Auto Detailing yang mula dibuka minggu lalu bagi ‘memandikan’ kenderaan mereka.

Lokasinya di Kampung Sungai Landak, Ampangan dan terletak tidak jauh dari Pusat Transformasi Bandar (UTC) Seremban serta bersebelahan dengan bengkel Khalis Autowork.

Senang cerita, cari ‘UTC Seremban’ dalam aplikasi Google Maps atau Waze.

usahawan
Kalau nak cuci karpet, coating, polish dan wax pun boleh buat di sini. – Gambar: Ihsan Kliq News

Berbalik kepada kisah pusat mencuci kenderaan Syed Car Wash & Auto Detailing, Syed Ahmad Zulkarnain berkata, pelaksanaan PKP yang turut melibatkan Negeri Sembilan menyebabkan rancangannya untuk memulakan operasi lebih awal tergendala.

“Namun, saya tidak mudah mengalah dan menganggap cabaran itu sebagai satu lumrah dalam bidang keusahawanan.

“Pengalaman sebagai wartawan banyak mengajar saya agar bersedia menghadapi situasi tidak diduga dan menyesuaikan diri dengan segera untuk menanganinya,” katanya kepada Edisi 9, hari ini.

Advertisements

Selain mencuci, orang ramai juga boleh ‘memanjakan’ kenderaan mereka dengan perkhidmatan coating, polish dan wax, pembersihan bahagian dalam kenderaan serta membasuh karpet.

Semua perkhidmatan tersebut disediakan di Syed Car Wash & Auto Detailing dengan harga yang sangat berpatutan.

Pada masa ini, Syed Ahmad Zulkarnain melakukan sendiri kerja-kerja mencuci kenderaan dan lain-lain.

“Memang saya merancang untuk mengambil pekerja setelah perniagaan berkembang nanti.

“Buat masa ini biarlah saya melakukannya sendiri. Lagipun, saya memang jenis yang suka belajar dari bawah.

“Segala kepenatan hilang bila melihat pelanggan berpuas hati dengan hasil pekerjaan saya terhadap kenderaan mereka,” jelasnya.

Memang terbaik Syed Ahmad Zulkarnain, semangat tidak mudah mengalah sebegitu perlu ada dalam diri setiap usahawan yang ingin berjaya.

Jadi, tunggu apa lagi? Bawalah kenderaan anda ke Syed Car Wash & Auto Detailing.

Bagi mereka yang tinggal di luar Seremban, bolehlah datang selepas PKP tamat. Jaga SOP okey! – EDISI 9

Advertisements

Terkini

MasChain perkenal ekosistem teknologi ‘blockchain’ di Malaysia

SYARIKAT pakar teknologi blockchain, Masverse Sdn. Bhd. melancarkan MasChain, platform transformatif yang direka untuk merevolusikan ekosistem digital bagi kerajaan,...

Lagi Artikel Berkaitan