26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, March 31, 2023

2 video tular berniat jahat, Ismail Sabri lapor polis

Mesti Baca

KUALA LUMPUR  – Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini membuat laporan polis berikutan tularnya dua video yang disifatkan mahu merosakkan nama baik beliau dan berniat jahat.

Laporan polis itu dibuat oleh Setiausaha Akhbar beliau, Azlina Md. Rosdy di Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini.

Ismail Sabri dalam kenyataan yang dibacakan oleh Azlina berkata, laporan polis itu bertujuan  menghentikan penularan fitnah terhadap beliau melalui kedua-dua video berkenaan. 

“Dua video pendek yang dilihat bukan sahaja cuba merosakkan nama saya, tetapi juga cuba menimbulkan keadaan huru-hara antara kaum,” katanya.

Beliau menjelaskan, video pendek pertama adalah ketika beliau membuat sidang media harian berkaitan Covid-19 pada 14 April tahun lepas.

Katanya, video tersebut ditularkan kononnya ia adalah sidang media terbaharu dan seakan-akan bertujuan mengelirukan rakyat kononnya tiada lagi saman dan kompaun akan dikenakan sekiranya melanggar SOP sebaliknya akan terus dipenjarakan.

“Ia adalah video lama dan kerajaan telah melakukan pelbagai penambahbaikan dalam pelaksanaan SOP,” katanya.

Baca juga:   700 tabika KEMAS bakal laksana digitalisasi pendidikan

Mengenai video kedua, Ismail Sabri berkata, ia sebenarnya rakaman beliau hadir dalam satu majlis santai bersama penggiat seni tanah air sempena Kempen Tabung Hari Pahlawan pada 15 September tahun lepas.

Beliau berkata, video yang diberi tajuk “Sendiri buat SOP sendiri langgar” itu sengaja disebarkan kononnya majlis itu adalah bersempena sambutan Tahun Baru Cina.

Baca juga:   28,287 mangsa banjir terima BWI setakat ini - Ismail Sabri

“Ingin saya tegaskan bahawa majlis tersebut diadakan ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).

“Ketika pelaksanaan PKPP, majlis perkahwinan juga dibenarkan, temasuklah majlis-majlis lain. Maka, tiada pelanggaran SOP yang berlaku,” katanya.

Ismail Sabri berkata, tindakan menyebarkan video seumpama itu boleh menimbulkan kemarahan, menjejaskan kredibiliti dan kepercayaan rakyat kepada beliau dan kerajaan. – EDISI 9

Wartawan

Terkini

4 beradik maut dalam kebakaran dikebumi satu liang

JENAZAH empat beradik yang maut dalam kejadian kebakaran di Kampung Sabak Awor, Muar malam semalam, selamat dikebumikan dalam satu...

Lagi Artikel Berkaitan