34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Pancing ikan sahaja, Zahid kata dia tak pancing orang

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan terhadap aktiviti memancing pasti menggembirakan kaki pancing di seluruh negara.

Maklumlah, sudah lama joran tersadai di rumah masing-masing tidak dapat digunakan apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan selagi lagi.

Mungkin ada joran yang sudah berhabuk dan diselaputi sawang labah-labah.

Tunggu apa lagi, cuci joran masing-masing biar bersih semula. Barulah mantop!

Salah seorang yang sangat gembira dengan pengumuman itu ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau tidak melepaskan peluang memancing ikan di parit depan rumahnya di Bagan Datuk, Perak.

Ahmad Zahid sempat juga berseloroh bau-bau politik dalam coretan melalui laman Facebook miliknya hari ini: “Saya tidak pancing orang. Pancing ikan guna umpan. Pancing orang guna wang. Tak bagus.”

Tajam juga sindiran bos besar UMNO dan Barisan Nasional (BN) itu.

Kalau hendak tahu maksud yang tersirat, kenalah tanya beliau sendiri.

Coretan penuh Ahmad Zahid adalah seperti berikut:

Seronok betul kaki pancing apabila kerajaan umum aktiviti memancing dibenarkan bermula semalam.

Saya dengar cerita ramai masuk stor sejak kelmarin. Petang umum, malam sudah setting mesin, joran, tali siap-siap.

Almaklum sudah lama tersadai. Takut sangkut-sangkut. Kasi ‘cuci’ untuk high performance. Baru mantap.

Apapun hanya kaki pancing sahaja mengerti dan memahami betapa indahnya detik-detik ini.

Mungkin ramai tidak tahu, saya juga seorang kaki pancing dan saya mengesahkan saya cuma pancing ikan.

Saya tidak pancing orang. Pancing ikan guna umpan. Pancing orang guna wang. Tak bagus.

Memancing hobi sejak kecil. Bila pulang kampung saya akan memancing depan rumah pada masa lapang.

Ada beberapa jenis ikan talapia, sepat, haruan. Dapat terus goreng garing-garing atau masak sambal.

Parit depan rumah saya akan naik bila musim air laut pasang besar. Masa tu akan berlaku dipanggil banjir termenung.

Sebab apa termenung ? Kerana air lambat surut.

Sebenarnya aktiviti memancing banyak manfaatnya. Bukan sekadar menunggu ikan makan umpan.

Dalam tidak sedar memancing merupakan aktiviti yang sihat untuk fizikal dan mental.

Memancing mampu merendahkan tahap stres dan menjadikan seseorang makin cergas.

Jangan ingat mudah nak mendaratkan ikan apatah yang bersaiz besar.

Kudrat bahagian lengan, bahu, belakang dan juga kaki sangat diperlukan.

Aktiviti itu juga mampu meningkatkan tahap konsentrasi, ketekunan dan kesabaran individu.

Masa berkualiti bersama ahli keluarga jika ia dilakukan sebagai aktiviti kekeluargaan.

Oleh itu kakak-kakak jangan marah-marah jika abang-abang keluar memancing ikan.

Itu terapi yang baik untuk mereka selepas seharian penat mencari rezeki untuk seisi keluarga.

Abang-abang pandai jaga diri. Sentiasa ingat anak isteri di rumah. Jaga SOP dan jaga keselamatan.

Selamat memancing semua termasuk Ahmad Zahid. – EDISI 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan